Tuesday, 17 April 2012

maafkan saya YAB Perdana Menteri.. Proton sekali lagi mengecewakan...

salam sejahtera dan salam 1 Malaysia...

ummmphhh... dah lama rasanya saya tidak menulis di blog ini.. tugasan harian agaknya menjadi my main enemy untuk saya tidak menulis biarpun terlalu banyak perkara yang terjadi di depan pada akhir-akhir ini... 

tapi malam ini rasanya tidak dapat tidur jika saya tidak menulis... ada sesuatu yang sudah lama terbuku di hati ini... 

bermula seawal 1985 (saya masih di tingkatan 3) dan kini 2012... sudah 27 tahun dah... kalau seorang manusia itu, pada usia ini dia sudahpun menjadi seorang dewasa tetapi apa yang terjadi hari ini adalah disebaliknya... adakah kita masih merangkak atau.... mmmm entah la... proton... proton......

mungkin pandangan saya ini tidak mewakili 27juta rakyat malaysia but the story goes like this...

tengahari tadi saya with my best buddy, Nizam Lombong pergilah test drive kereta baru, Proton Prevey, mmmm tunggu punya tunggu turn akhirnya dapat juga kami menguji pandu kereta terbaru keluaran proton itu... 

kecantikan adalah pada luar dan dalam... hikhik....
seperti seorang penyokong bolasepak, pada mulanya saya turut memuji design kereta ini dan pelbagai lontaran positif mengenai rekabentuk kereta ini dari segi luarannya.. ternyata di showroom kereta Proton Subang Jaya itu hanya kedengaran bunyi "ahhhhh" "oooooohhhhh" "woowwwww" dari pengunjungnya.. 

namun selepas penelitian dibuat pada prevey... mmmm well this is what i can say...

1. kenapa terlalu banyak "hook" atau cangkuk dalam kereta ini? ditingkap kiri dan kanan tempat duduk belakang ada hook untuk... mmm teh tarik kut... huhuhu... but kedudukannya rasanya tidak la sesuai kerana passenger belakang juga seharusnya mendapatkan visual diluar... so kalau di gantungnya plastik atau seangkatan dengannya tidakkah ia mengganggu?? hmmmm... entah la proton......

2. dah 27 tahun dah.... cuba tengok support untuk bonet belakang... mmmm rasanya jenama kereta lain sudahpun menggunakan hidraulic... tetapi Prevey masih lagi menggunakan sistem dua rod besi... mmm apa bezanya dengan proton saga keluaran 1985??? masih sama....... hmmmm entah la proton.....

3. penggunaan airbag memang penting pada dunia pemotoran hari ini... mmm hampir semua kereta keluaran dunia moden ini dilengkapi sistem airbag untuk menyelamatkan nyawa.. tetapi sesuatu yang menarik tetapi tidak masuk akal adalah sistem airbag pada Prevey ini boleh di on dan offkan... hahahahaha something that is really funny... untuk apa on dan off switch tu??? bukankah airbag perlu sentiasa be alert incase of accident? adakah airbag itu makan minyak? makan bateri? kalau bawak laju on, kalau bawak slow off? mmmm seriously saya really x faham "stunt" yang cuba dibuat Proton.. adakah ini bermaksud bila kita driving a Proton, life is an option?? hmmmm... entah la proton.... 

4. yang paling menarik waktu test drive kereta ni, menurut salesman dia, kereta ini akan mencapai torque optimum pada 2000 rpm... cuba duduk di belakang... board belakang yang menutupi bonet belakang itu akan start bergegar bermula kurang dari 2000 rpm... grrrrr grrrrrrr grrrrrrrrrr... macam ada handphone vibrate pulak... hahahahahaha... seriously sangat menarik.... hmmmmm entah la proton....

cukup setakat ini apa yang saya dapat komen untuk kereta ini... yang menarik minat saya is ceo proton dalam rancangan Malaysia Hari Ini pagi tadi ada menyebut... maksud prevey is "to prove"... oleh itu apakah maksud to prove itu?? adakah to prove yang proton still a substandard car? hmmmm entah la proton... 

well i guess for a car worth rm70k... exora and even saga blm has a better deal.... 

maafkan saya YAB Perdana Menteri, Proton still proves its very dissapointing... 

salam...

p/s: i really wonder kalau loan arrangement sampai 9 years... would the car still in one piece before the end of installment or there will still be comments like "mmmm biasa la ..... proton..."

Monday, 14 November 2011

Maharaja Lawak Mega: The Best of The Best or Simply Mega Bullshit!

salam,

mmm memang dah lama aku tak menulis dan malam ni datang pulak idea dalam kepala otak ni nak coretkan sesuatu yang aku rasakan tak kena dengan negara ini terutamanya industri seni yang senantiasa berada dalam hati aku... 

dari meja wartawan hiburan Berita Harian, kini aku di meja kantor aku sendiri... mmm dua tempat berbeza tetapi aku masih ingin memperbetulkan apa yang aku rasa tak betul dengan industri seni kita... 

so malam ni aku nak ceritakan sikit pasal Maharaja Lawak Mega!... 

Bermula dengan Raja Lawak lepas tu dipaksanya pulak kompeni Ananda Krishnan ni untuk kita membakar duit kita melanggan siri channel mustika untuk Maharaja Lawak dan kemudiannya Maharaja Lawak Mega, tanpa segan silu aku pun seperti kalangan 27 juta rakyat mesia ni melangganlah  untuk tidak lepaskan peluang keemasan menyokong industri seni ini... 

Tidak dinafikan banyak bakat-bakat baru dibidang lawak ini muncul, tidak kurang ia mematangkan seni lawak itu sebagai satu karier yang "serious" dan boleh menjaminkan masa depan, tetapi apa yang dah terjadi pada Maharaja Lawak Mega ni? 

Aku tidak nampak ketulusan ataupun "transparency"astro dalam menerbitkan rancangan yang sepatutnya menjadi terbaik dari yang terbaik.. it seems apa yang aku nampak hanyalah satu rancangan "Old Fuckers meeting New Suckers... 

Bukannya apa, dengan kumpulan old schools yang asyik recyclekan jokes yang lama diketengahkan sejak pentas Dewan Bahasa dan TV1 hinggalah the new gang yang cuba recyclekan benda-benda yang sama setiap minggu kononnya ada keunikan... seriously aku tak yakin ini adalah yang terbaik... 


Macam group ni, Boboi, aku rasa macam pelik, geng juri punyalah suka... geli pun ada, bukannya apa, aku rasa nama group is a nama group.. dan diorang berduanya sepatutnya buat benda yang lain la setiap minggu untuk membuktikan bertapa "versatile" nya mereka... inikan tidak setiap minggu dua polan ni dengan benda yang sama saja... apa yang aku nampak disini adalah diorang ni bukan nak bertanding tapi nak create "character branding"... apa pulak lepas ni??? kartun boboi? t shirt boboi? komik boboi?  and the best thing is ketua juri pun "tersangatlah suka" and he falls for it... theres only one thing i could say here to dato chef wan... "u suck big time bebeh!"

Mmmmm... Jalil Hamid... mmm dia ni memang lain macam... 2 weeks dengan ayam jokes now hes back on track with new fresh ideas.. simple and nice... Osman Bombay.. bagus bagus bagus... 

but then again, aku hairan with the concept and ideas, si tukang masak duta negara ni masih lagi penalise  him... seriously aku lagi x faham... 

Macam nasib kumpulan Anje, aku memang bersimpati.... ideas tip top, every week different senarios, tetapi mungkin Joey masih belum that experience to take the stage.. so leaving Acong to make it happen.. tapi appreciation of the jury aku nampak macam loose sangat... 


kalau nak di comparekan dengan kumpulan Syok, aku rasa Anje ni jauh lebih baik... tapi then again, dimanakah permarkahan mereka? adakah pada ideas, pada konsep persembahan? ketawa yang banyak? ataupun simply juri nak nampak handsome... so not transparent! to me this is Bullshit! ataupun semua group ni kena buat lawak cute macam kanak2 separuh akal kot baru dapat sokongan dari juri... mmm tepuk dada tanya selera....


Lastly, THIS GUY IS VERY INFORMATIVE.... aku tak pernah tengok this kind of stand-up comedy yang ada full of information with lots and lots of knowledge... he must be doing his homework very well.. 
Dari kisah legenda bapanya, hinggalah keluhan seorang gadis india, dan baru-baru ini cerdekiawan talak... ada idea, concept dan tersangat menghiburkan... so original, so informative and so unique.. 

tapi yang aku heran, juri masih tetap bantai... apa yang sebenarnya nak mereka lakukan? well bukan aku nak cakap orang mesia ni pandai sangat, but most of us punyai mentality yang lebih pandai dari juri-juri yang kat atas tu... and aku rasa being 3rd from last for Adlin in Maharaja Lawak Mega is so not fair... 

Again apa yang aku dan 27 juta rakyat mesia ni nak faham, apakah sebenarnya jenis permarkahan juri "propesionel" korang ni? so far its just commenting2 and terus commenting, dan berapakah segregation markah itu mengikut persembahan? or simply haha hehe huhu.. tulis markah..... sekali lagi aku nak cakap korang ni memang betul betul "Bullshito El Basterdos"!

Astro, please be very transparent... i guess ini satu amaran dari kami penonton yang membayar untuk siaran kami..... kalau betul nak buat something yang berkualiti.. better do it properly... 

sebab nasib korang ni bergantung pada mereka ini... TEPUK DADA TANYA SELERA!

salams.....

Tuesday, 6 September 2011

Salam Aidilfitri dan Mari Menghias Kereta!

Salams...

ishhh, dah lama tol aku tak menulis ni... tapi rasanya bagus gak pasal Ramadhan pun baru saja lepas dan mungkin tulisan aku ni akan mengurangkan pahala aku tempohari...

malam ni aku nak tulis pasal "observation" yang aku buat semasa memandu di highway pada aidilfitri baru baru ni... rasa seronok bercampur keliru pun ada jugak..

bukan sebab apa, malam-malam berterawih di masjid, terkadang ada jugak tazkirah ku dengar mengenai "sambutlah dengan sederhana" dan semangat menyambut kemenangan di Aidilfitri.. tapi apa yang aku lihat adalah sebaliknya...

ramai umat "melayu" ni menyambut kedatangan syawal bukan dengan semangat aidilfitri... tetapi apa yang aku nampak, mereka lebih berminat menghiasi kereta mereka sempena syawal... entah berapa duit yang diorang abiskan? allahualam....

kahkahkah....

yang best tu sewaktu aku memandu, sempat jugak aku tangkap gambar "kereta-kereta power" ni di jalanan... dan seriously "you guys are too much" hahahahahaha

pelik pun ada, kelakar pun ada... tapi apa pun ini mungkin menjadi pengukur kejayaan mereka sebagai orang merantau di kuala lumpur...

apa tidaknya, aku rasa seumur hidup aku yang dibesarkan di kota metropolitan ni, takda pun terlintas di hati aku untuk "memake upkan" kereta aku sempena syawal... tapi mungkin minat aku bukan disitu...

entah la... rasanya ada sesetengah kedai aksesori menawarkan "pakej raya" kot... so mungkin aku ni jangkal sikit...

wow kepak belakang, rim hitam, atas bumbung ada fin pulak tu... orang kg sure bangga..


wow, keta dah kaler ferarri walaupun ianya honda.. haha.. kepak masih tak ketinggalan..

wow, bro... raya pun raya la jugak.. takkan warna pink kot.. demam ah dia ni.. kahkahkah

tak dapat beli lancer, inspira pun ok lah.. janji make up evo.... kakakaka

kepak lagi....

wow... mamat ni sama ngan iswara yang mula2 tu.. tapi kepak dia lagi tinggi.. 

inilah rim putih terbaru aku.. fuhhh org kampung mesti gempak nyerrr kahkah

ish... org kg mesti sujud kat kaki dia ni.. mana tak berani tak hingat.. flat black tuuu.. esok bila ko nak cat kaler lain keta baru ko tau azabnya....

wahhhh garangnya... macam keta nasing... rim hitam dan tidak ketinggalan.. kepak aidilfitri...
apapun aku nak mengambil kesempatan disini mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin serta berhati-hati di jalanraya...

wasalam..

Thursday, 14 July 2011

Jakarta oh Jakarta

salams,

rasanya dah terlalu lama aku tak menulis, well as usual i've been busy with my werk... anyway kali ni aku saja nak menulis mengenai kehidupan untuk tatapan semua...

actually with the hustle n bustle in kl baru2 ni... bersih la apa la terpetik aku mengenai what i saw in jakarta sewaktu aku ke sana baru-baru ni... i was there to attend a meeting with partners over in jakarta bout our new distribution deal..  thanks to my partner din, he was very slick n know the town like the back of his hands n surprisingly with all the "macets" (traffic jams) he knows all the shortcuts route to everywhere.. amazingly hes a genius...

but din has struck me... aku ni mmg lemah sket bila aku tgk kesusahan manusia.. the shortcuts membawa aku masuk ke ruang-ruang sempit di jakarta yang tak pernah aku impikan begitu... yess kawasan setinggan...

aku tak pernah imagine hidup mereka seperti itu... (korang yang ikut bersih la apa la haritu kalau korang tengok barulah korang tau betapa untungnya korang dok kat mesia ni... tak susah, umah pun selesa, tapi tak sedar diri.. mengong!!!)

aku difahamkan kehidupan sempit mereka itu berpunca daripada kepadatan penduduk yang teramat sangat dan sosio ekonomi yang terlalu rendah... ada mereka bergaji hanya kurang dari rm200 sebulan.. macamana nak bagi makan anak-anak? i don't exactly know!

no wonder siaran free tv di indonesia amat menarik sekali.. full of entertainment n information.. mungkin pasal orang diorang tak mampu untuk tengok siaran macam astro kita yang semakin hari semakin mahal (seriously like shit) (n)

mungkin pasal rakyat di jakarta sahaja pun dah lebih 20 million membuatkan mereka tak ada choice.. allahualam...

sapa yang melihat kesusahan mereka pasti akan insaf... i tak tau la.. but i did... hidup mereka terlalu susah... nak kesian kita tak kenal but nak tolong takut ramai pulak yang minta... so i better keep my hands inside the cab or the "bajak" (three wheeled cab)...

talking bout the bajak... fuhh i had a hell of the ride there... like a roller coaster but fun... with inches away from other vehicles, bajak yang aku naik tu mmg rider giler... but ada sekali dia terlanggar kaki orang la.. hahahaha...

anyway, aku pun tak rasa nak tulis panjang... i just let ur imagination do the rest...


on site repair tayar.. very popular in jakarta 
salams...

Tuesday, 7 June 2011

KONGSI: Mesej Jelas..dari sebuah filem "Clumsy"

Salams,

Selepas hampir sebulan ditayangkan barulah aku dapat peluang tonton filem Kongsi di pawagam. well biarpun aku ni agak choosy dalam memilih filem, terkadang aku perlu ketepikan karya arahan pengarah seperti coppola, burton dan tarantino untuk memberi ruang kepada pengarah baru tempatan seperti Farid Kamil menunjukkan bakatnya.

tidak dinafikan Farid menerusi filem pertamanya V3 berjaya membuka luas mata aku yang sudah sekian lama memandang jauh kepada filem keluaran tempatan dan bagi aku, dia berjaya utilize segala resources dia dalam berkarya. so, that leads me to the cinema again to watch Kongsi...

well, as i said... this boy has his talent.. namun selepas beberapa feedback aku dapat dari friends yang dah menonton, aku nampak pandangan mereka kepada Kongsi lari dari apa yang di dalam kepala aku ni...

comedy??? nope... drama??? mmm ntah la... but apa yang aku boleh katakan Farid berjaya cipta genre baru dalam perfileman. filem bergenre "Clumsy"!

dari seorang hitman, Tumulak (lakonan Shaheizy Sam)... sekejap terrer... sekejap blurrr, sekejap terrer, sekejap ntahlah... mmg bagi aku ada style on its own.... sebab tu aku rasa clumsiness is the right way to say it...

bagaimanapun, Farid bagi aku berjaya mengolahkan persoalan pokok dalam filem itu, iaitu "sedarlah umat melayu, tidak ada gunanya jadi samseng!"

bukannya apa, dari apa yang aku tengok bertahun2 lamanya di depan mata aku, gejala kongsi gelap melayu ni... entah la... macam takder arah la pulaks.... tiga line la, empat line la, 83 line la.. mcm2!

yang lebih menjengkelkan... orang tua pun cium tgn anak mentah semata-mata mamat tu berpangkat ayahanda la apa la... so tahniah Farid, u came n sedarkan masyarakat melayu yang disanjungi ni at the right time....

dalam proses menyedarkan umat melayu ni... aku amat tertarik dengan ungkapan dialog oleh seorang abanglong, Man Jawa,  kongsi gelap dalam filem itu "Aku ni sebelum jadi abanglong kerja ni aku buat, selepas jadi abanglong, kerja ni jugak aku buat"...

ntahla, kalau orang melayu tak sedar2 lagi aku tak tahulah... apa yang penting Farid dah sampaikan mesej itu dan terpulanglah pada kita untuk menilainya... 
lagi satu perletakan karekter menarik minat aku untuk menyokong hasil karya super junior aku di uitm ni.. iaitu karekter ayahanda dan anaknya... 
sebabnya dalam kehidupan umat melayu, pattern yang sama turut berlaku, bila bapak ketua cawangan si anak mesti naik kepala.... sehinggalah bila bapak jadi perdana menteri, anak menantu pun jugak naik kepala... hahahaha clear cut message by Farid... ibarat ungkapan facebook, boleh la aku katakan " i like"

anyway koreografi seni lawan amat menghiburkan, shot menarik, cuma jangan pandang filem ini sebagai satu filem komedi... 

aku rasa pendekatan filem "Clumsy" ini amat menarik untuk penyampaian mesej yang amat jelas...

tahniah Farid!

salams....

Wednesday, 18 May 2011

Mat Rempit Malaya: Masih diperbodohkan Yamaha!

salams....

fuhh dah lama tul aku tak menulis... sibuk satu macam... kerja sana kerja sini... penat tak hingat... tapi demi mencari sesuap nasi perlulah juga aku lakukan... tak pun dapat beli cayenne lagi.. huhuhuhu

ok, pada malam yang hening dan dingin ni (baru lepas hujan) telah menarik perhatian aku untuk berceloteh mengenai status ribuan mat rempit malaya yang menggunakan motor jenama yamaha dan bertapa bodohnya mereka itu...

well seingat-ingat aku la... sejak dari kecil jenama yamaha merupakan satu jenama motorsikal selain honda, kawasaki dan beberapa jenama orang putih yang lain bersaing dalam perkembangan dunia permotoran negara.

namun sejak akhir-akhir ini, aku lihat evolusi motor yamaha ni tidak berkembang di Malaysia berbanding dengan negara asia yang lain seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan tidak ketinggalan... India...

bukannya apa, yang aku tak faham adalah kenapa mat rempit malaya ni seperti dah tak berotak untuk berfikir mengenai perlunya ada evolusi jentera daripada hanya merempit laju di jalanan..

bukannya apa, manusia perlu berevolusi, begitu juga mat rempit.. namun ketika dunia sedang mengejar perkara-perkara spesifikasi dan keselamatan menunggang.. mat rempit malaya masih ditakuk lama...

reason being here adalah aku masih melihat jentera seperti yamaha rxz yang masih lagi dijual di kedai motor kita (i mean brand new la) biarpun jentera berkenaan diperkenalkan kepada rakyat malaysia lebih dua dekad yang lalu... yes! its true!

can you imagine, this bike was first introduced to the market in 1985 and yamaha still produce this old junk! and futhermore... kalau takda demand mcmana boleh ada supply kan? mcmanalah mat rempit malaya now still can accept motor lama ni... U GUYS SUCK BIG TIME!!!!!!

tak habis pasal rxz tu ada lagi motor yang kononnya baru... this time i am talking bout the yamaha fz150i yang baru dua tiga tahun masuk market...


motor ni menggunakan enjin 4 lejang dan tidak berbunyi bising... dari blogs yang aku baca, motor ni amat jimat penggunaan minyaknya dan tidak mengeluarkan asap putih macam si rxz tu.. ini kira enviromental friendly bike la... tapi lepas balik from vietnam dan singapore baru-baru ni aku rasa ini satu lagi "stunt" yamaha untuk memperbodohkan lagi mat rempit malaya yang dah sememangnya bodoh...

bukannya apa, yamaha kata ini model baru tapi sebenarnya bukan... model ni dah lebih 10 tahun digunakan di negara jiran kita.. malah now it is considered an ol school fart...

this is what fz150i looks like today:
langsung takda similarity... in terms of styling, memang jauh sekali.. in terms of machine pun jgn citer la... jauh sesangat... namun i guess untuk sebuah negara membangun yang terletak di tengah-tengah asia tenggara yang gagah ni, malaysia gagal mempamerkan pembangunan teknologi dari segi kepelbagaian permotorannya jika dibandingkan dengan negara lain..

kalau korang dok bangga dengan bangsa malaysia dan sering mengutuk orang seperti indon dan bangla.. this is what they are using now... not like u... the ol school farters... hahahaha

seperti pelawak ahmad nabil always says... "LU FIKIRLAH SENDIRI!"

hahahahahahaha

salams!

Monday, 11 April 2011

Doktor, Facebook dan Lori Kasih Sayang..

Salam, 

hari ni aku nak ceritakan satu kisah yang mungkin akan menyentuh korang in a way.. mungkin korang pernah alaminya aku pun tak tahu... 

minggu lalu, my sis in-law, dr. adura rauf of ijn telah post this to facebook "Looking for a cake shape like truck tonight... any suggestion where I can find one now?" dan ia menerima pelbagai cadangan menerusi ruangan commentsnya.. 

lantas aku pun tertanya, apakah sebenarnya yang dimaksudkan oleh adura sehinggalah the next day adura told me the story

inilah kisahnya: 

ada seorang kanak-kanak lekaki bernama iqbal fahreen berumur 5 tahun telah masuk ke ijn kerana mengidap penyakit jantung. aku tak boleh confirm details mengenai penyakit itu tetapi apa yang aku faham adalah ia sangat merbahaya dan iqbal tidak boleh diselamatkan lagi. 

so di ijn, iqbal ditemani oleh ibu dan ayah dimana pasangan itu pasrah dan hanyalah berdoa untuk yang terbaik buat iqbal. 


saat berganti, minit berganti, jam lewati, hari berganti hari, ibu dan ayah menanti dengan penuh kesabaran sesuatu yang mereka sendiri tidak mahu.. namun apa yang penting sekarang adalah apa yang diinginkan oleh anak kecil itu.. 


suatu pagi, iqbal bangun dan dia berkata yang dia inginkan kek berbentuk lori untuk harijadinya. namun dimanakah yang ada jual kek berkenaan? mereka cuba untuk mencari akhirnya permintaan itu disampaikan kepada adura dan staff ijn.. lalu mereka cuba sedaya upaya menerusi pelbagai means untuk mendapatkan kek berkenaan. 

adura, yang aktif menerusi laman sosial facebook telah menulis post di atas.. akhirnya sebaran menerusi facebook telah membuahkan hasil apabila beberapa jam selepas itu satu pasangan telah menelefon ijn dan menyatakan hasrat yang mereka akan membuat kek tersebut dengan kadar yang segera... alhamdulillah....

beberapa jam kemudian, kek tersebut tiba di ijn dan semua pihak menarik nafas lega dan mereka organizekan sebuah party kecil untuk si comel itu.... 

segalanya untuk iqbal.... 
segalanya untuk iqbal....
segalanya untuk iqbal....

seperti seorang banduan menanti hari digantungkan, mungkin itu perasaan yang dapat aku gambarkan disini buat ibu dan ayah iqbal... setiap saat dilalui dengan penuh kasih sayang.. dan sehingga hari jumaat lalu.. aku membaca comment ini dari adura... "Zu, silakan....murah rexeki Iqbal. He got a total of 4 truck cakes"... alhamdulillah...

mungkin aku dapat merasai apa yang dirasakan oleh ayah iqbal tetapi apakan daya kita hanya pemerhati dan bukan merasakan sendiri kepahitan dan keperitannya... 

hari berganti hari... 

namun, tepat pada jam 4.12pm pada hari sabtu yang lalu, airmataku secara automatik menitis apabila aku membaca mesej menerusi bb ku....

mesejnya berbunyi begini:




"Adik Iqbal Fahreen telah pergi menghadap illahi pada 3.50ptg tadi... Al-fatihah, semoga keluarganya tabah menghadapi dugaan ini."


kita hanya merancang, dia yang menentukan, ajal dan maut ditangannya.. mungkin itu yang lebih baik... dia saja yang tahu... 

tidak dapat aku gambarkan perasaan ibu dan ayahnya.. 

seperti quotation oleh raja middle earth di dalam buku lord of the rings oleh JRR Tolkien "no man wants to burry his own" (bermaksud tidak ada seorang bapa pun yang mahu mengebumikan anaknya..")

apa yang hanya dapat aku lakukan hanyalah menghadiahkan surah al fatihah kepada iqbal dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan kanak-kanak beriman disana... al fatihah


salam....