Salam all...
Dah lama sangat tidak mencorat coret di blog aku ni..
Nak
kata sibuk, ekonomi Malaysia sekarang ni macam tak menentu. Nak kata tak sibuk, hari-hari aku
keluar mencari rezeki. Entah la, sampai bila la keadaan ini. Tapi apa pun kerja
itu adalah wajib. Banyak atau sedikit hanyalah pada jumlah, hanya nombor.
Ok.. dari minggu lalu aku ada sedikit termanggu apabila
mengetahui ikon Kuala Lumpur kini akan dihapuskan sama sekali. Tiada lagi
kompromi, tiada lagi nostalgia malah ianya dikatakan punca pembangunan tidak
boleh diteruskan..
Ampang Park oh Ampang Park…. Untuk sebahagian besar manusia
yang tinggal di kota metropolitan ini ianya hanyalah sebuah bangunan yang kecil
terletak dipersimpangan Jalan Ampang – Jalan Tun Razak. Tapi bagi aku, Ampang
Park (AP) banyak menyumbang dalam kehidupan kami di Keramat. Disitulah
segala-galanya.
Sedari kecil, Ampang Park adalah sebuah shopping mall yang
besar bagi kami. Disitulah aku meraikan harijadi bersama keluarga di Cozy
Restoran, kemudian meraikan harijadi remaja ku bersama kawan-kawan pula di
Hollywood East (Tea Dance), had my first love fling there.. hahaha and banyak
lagi la.. so AP does brings lots of nostalgic memories to me being budak
Keramat.
Aku masih ingat, seawal 11 tahun (Darjah 5) at that time,
aku dah boleh pergi ke AP sendiri. Naik basikal dari Jalan Enggang, melalui Kg
Berembang tembus pulak Sekolah Ampang sampai Hock Choon then terus menyusur
jalan Ampang ke AP (Waktu itu Jalan Jelatek belum siap). Aku pergi sebab mak
bagi duit beli beg sekolah.. hahaha….
One interesting fact about AP ni… dia cuma ada satu jer
elevator.. dekat tengah2 kompleks tu.. itu pun boleh naik 3 tingkat jer… cuma bila
disko Hollywood East tu bukak (atas bumbung AP) baru lah ada lagi satu elevator
kat situ.
It was a shopping mall for everybody.. in this part of the
world kiranya itulah satu2nya place to hangout.. kalau tak silap dia punya high
class AP ni, Jins Shamsuddin pun pernah shooting filem kat sana.. babak nak pi
beli mainan hadiah harijadi anak dia.. hihihi..
Bila orang kampung tgk filem tu “Tuuuu diaaaa… hat ni la
Ampang Park.. Amboiiihhh kemaaaiihhh” hahaha
Masih segar dalam ingatan aku, waktu tu ada kedai kaset dan
piring hitam kat ground floor AP.. Kat situ memang seminggu sekali aku mesti
jenguk untuk buat “Dub Tape” hahaha maklumla nak beli album2 piring hitam or on
kaset tak mampu.. so dub tape tu la yang menjadi pilihan sebab lagu dalam dia
campur2. Kena pilih lagu, tulis atas kertas then bagi kat tokey dia. “Lusa
siap!” hahaha..
In 1982, arwah ayah bought his first hifi stereo at home..
Ada amp, Radio receiver, dual cassette player and a turn table.. so waktu tu
barulah ayah mula pergi kedai album kat AP tu. As I remembered, he bought first
few LP there.. Jamal Abdillah, Razis Ismail some shit like dat la.. hihi.. cuma
2 years later baru aku beli my first LP there, Culture Club beb! Hahaha Karma
Chameleon.. kahkah..
Yang best pasal kedai tu.. dia pun ada jual stylus utk turn
table.. So bila patah jer, aku kayuhlah basikal ke AP dan beli.. berapa belas
ringgit waktu tu..
Evolusi AP jugak banyak kali bertukar… dari satu outlet
cozy, jadi 2 outlet.. We called it satu cozy kecik, satu cozy besar.. hehehe…
makanan sama jer pun cuma harga jer beza sket.. hahaha bila ada duit boleh la
belanja gfren kat kedai yang mahal tu.. kalau takder duit.. cozy kecik cukop..
janji boleh dating.. hihihi..
Later years, McD pun buka kat situ, sebelah Hankyu Jaya..
waktu tu Hankyu tu kira macam Giant la.. semua orang pi beli barang dapur kat
situ..
Then another evolution wave came along.. the LRT station
bawah AP.. but by that time banyak kedai2 tu dah takda.. yang bertahan dari
mula hanya lah places macam cozy, kedai beg and a hardware shop kat ground
floor tu (tak ingat namanya).
Rasanya disko Hollywood East tu juga tukar nama jadi Deluxe
Night Club gitu.. entahla..
Mahu ataupun tidak, AP has to go for the better good. Setiap
yang mula pasti ada akhirnya. Ikon Kuala Lumpur yang dirasmikan pada tahun 1973 itu kini dipenghujung jalannya..
Apa pun thank you Ampang Park for being a part of my life..
Ampang Park dies at 44.
Zyan



No comments:
Post a Comment