Tuesday, 6 September 2011

Salam Aidilfitri dan Mari Menghias Kereta!

Salams...

ishhh, dah lama tol aku tak menulis ni... tapi rasanya bagus gak pasal Ramadhan pun baru saja lepas dan mungkin tulisan aku ni akan mengurangkan pahala aku tempohari...

malam ni aku nak tulis pasal "observation" yang aku buat semasa memandu di highway pada aidilfitri baru baru ni... rasa seronok bercampur keliru pun ada jugak..

bukan sebab apa, malam-malam berterawih di masjid, terkadang ada jugak tazkirah ku dengar mengenai "sambutlah dengan sederhana" dan semangat menyambut kemenangan di Aidilfitri.. tapi apa yang aku lihat adalah sebaliknya...

ramai umat "melayu" ni menyambut kedatangan syawal bukan dengan semangat aidilfitri... tetapi apa yang aku nampak, mereka lebih berminat menghiasi kereta mereka sempena syawal... entah berapa duit yang diorang abiskan? allahualam....

kahkahkah....

yang best tu sewaktu aku memandu, sempat jugak aku tangkap gambar "kereta-kereta power" ni di jalanan... dan seriously "you guys are too much" hahahahahaha

pelik pun ada, kelakar pun ada... tapi apa pun ini mungkin menjadi pengukur kejayaan mereka sebagai orang merantau di kuala lumpur...

apa tidaknya, aku rasa seumur hidup aku yang dibesarkan di kota metropolitan ni, takda pun terlintas di hati aku untuk "memake upkan" kereta aku sempena syawal... tapi mungkin minat aku bukan disitu...

entah la... rasanya ada sesetengah kedai aksesori menawarkan "pakej raya" kot... so mungkin aku ni jangkal sikit...

wow kepak belakang, rim hitam, atas bumbung ada fin pulak tu... orang kg sure bangga..


wow, keta dah kaler ferarri walaupun ianya honda.. haha.. kepak masih tak ketinggalan..

wow, bro... raya pun raya la jugak.. takkan warna pink kot.. demam ah dia ni.. kahkahkah

tak dapat beli lancer, inspira pun ok lah.. janji make up evo.... kakakaka

kepak lagi....

wow... mamat ni sama ngan iswara yang mula2 tu.. tapi kepak dia lagi tinggi.. 

inilah rim putih terbaru aku.. fuhhh org kampung mesti gempak nyerrr kahkah

ish... org kg mesti sujud kat kaki dia ni.. mana tak berani tak hingat.. flat black tuuu.. esok bila ko nak cat kaler lain keta baru ko tau azabnya....

wahhhh garangnya... macam keta nasing... rim hitam dan tidak ketinggalan.. kepak aidilfitri...
apapun aku nak mengambil kesempatan disini mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin serta berhati-hati di jalanraya...

wasalam..

1 comment: