Tuesday, 13 June 2017

Terima kasih Ampang Park

Salam all... 
Dah lama sangat tidak mencorat coret di blog aku ni.. 
Nak kata sibuk, ekonomi Malaysia sekarang ni macam tak menentu. Nak kata tak sibuk, hari-hari aku keluar mencari rezeki. Entah la, sampai bila la keadaan ini. Tapi apa pun kerja itu adalah wajib. Banyak atau sedikit hanyalah pada jumlah, hanya nombor.
Ok.. dari minggu lalu aku ada sedikit termanggu apabila mengetahui ikon Kuala Lumpur kini akan dihapuskan sama sekali. Tiada lagi kompromi, tiada lagi nostalgia malah ianya dikatakan punca pembangunan tidak boleh diteruskan..
Ampang Park oh Ampang Park…. Untuk sebahagian besar manusia yang tinggal di kota metropolitan ini ianya hanyalah sebuah bangunan yang kecil terletak dipersimpangan Jalan Ampang – Jalan Tun Razak. Tapi bagi aku, Ampang Park (AP) banyak menyumbang dalam kehidupan kami di Keramat. Disitulah segala-galanya.
Sedari kecil, Ampang Park adalah sebuah shopping mall yang besar bagi kami. Disitulah aku meraikan harijadi bersama keluarga di Cozy Restoran, kemudian meraikan harijadi remaja ku bersama kawan-kawan pula di Hollywood East (Tea Dance), had my first love fling there.. hahaha and banyak lagi la.. so AP does brings lots of nostalgic memories to me being budak Keramat.
Aku masih ingat, seawal 11 tahun (Darjah 5) at that time, aku dah boleh pergi ke AP sendiri. Naik basikal dari Jalan Enggang, melalui Kg Berembang tembus pulak Sekolah Ampang sampai Hock Choon then terus menyusur jalan Ampang ke AP (Waktu itu Jalan Jelatek belum siap). Aku pergi sebab mak bagi duit beli beg sekolah.. hahaha….
One interesting fact about AP ni… dia cuma ada satu jer elevator.. dekat tengah2 kompleks tu.. itu pun boleh naik 3 tingkat jer… cuma bila disko Hollywood East tu bukak (atas bumbung AP) baru lah ada lagi satu elevator kat situ.
It was a shopping mall for everybody.. in this part of the world kiranya itulah satu2nya place to hangout.. kalau tak silap dia punya high class AP ni, Jins Shamsuddin pun pernah shooting filem kat sana.. babak nak pi beli mainan hadiah harijadi anak dia.. hihihi..
Bila orang kampung tgk filem tu “Tuuuu diaaaa… hat ni la Ampang Park.. Amboiiihhh kemaaaiihhh” hahaha
Masih segar dalam ingatan aku, waktu tu ada kedai kaset dan piring hitam kat ground floor AP.. Kat situ memang seminggu sekali aku mesti jenguk untuk buat “Dub Tape” hahaha maklumla nak beli album2 piring hitam or on kaset tak mampu.. so dub tape tu la yang menjadi pilihan sebab lagu dalam dia campur2. Kena pilih lagu, tulis atas kertas then bagi kat tokey dia. “Lusa siap!” hahaha..
In 1982, arwah ayah bought his first hifi stereo at home.. Ada amp, Radio receiver, dual cassette player and a turn table.. so waktu tu barulah ayah mula pergi kedai album kat AP tu. As I remembered, he bought first few LP there.. Jamal Abdillah, Razis Ismail some shit like dat la.. hihi.. cuma 2 years later baru aku beli my first LP there, Culture Club beb! Hahaha Karma Chameleon.. kahkah..
Yang best pasal kedai tu.. dia pun ada jual stylus utk turn table.. So bila patah jer, aku kayuhlah basikal ke AP dan beli.. berapa belas ringgit waktu tu..
Evolusi AP jugak banyak kali bertukar… dari satu outlet cozy, jadi 2 outlet.. We called it satu cozy kecik, satu cozy besar.. hehehe… makanan sama jer pun cuma harga jer beza sket.. hahaha bila ada duit boleh la belanja gfren kat kedai yang mahal tu.. kalau takder duit.. cozy kecik cukop.. janji boleh dating.. hihihi..
Later years, McD pun buka kat situ, sebelah Hankyu Jaya.. waktu tu Hankyu tu kira macam Giant la.. semua orang pi beli barang dapur kat situ..
Then another evolution wave came along.. the LRT station bawah AP.. but by that time banyak kedai2 tu dah takda.. yang bertahan dari mula hanya lah places macam cozy, kedai beg and a hardware shop kat ground floor tu (tak ingat namanya).
Rasanya disko Hollywood East tu juga tukar nama jadi Deluxe Night Club gitu.. entahla..
Mahu ataupun tidak, AP has to go for the better good. Setiap yang mula pasti ada akhirnya. Ikon Kuala Lumpur yang dirasmikan pada tahun 1973 itu kini dipenghujung jalannya..
Apa pun thank you Ampang Park for being a part of my life.. 
Ampang Park dies at 44.

Zyan





Thursday, 5 September 2013

Tanda Putera: Outstanding main cast

salam semua,

rasanya memang dah lama aku x menulis di blog ni.. mmm seperti biasa kesibukan sangat membuatkan aku tiada masa terluang untuk menulis biarpun jauh disudut hati ni meronta-ronta untuk memperkatakan sesuatu..

anyway, malam ni sempat aku curi masa untuk lari ke pawagam menonton filem Tanda Putera selepas hampir setiap hari asyik mendengar mengenai isu-isu hangat yang muncul didada akhbar mengenai filem arahan Shuhaimi Baba ni.. 

mmm, mind the effects and art direction.. aku tidak pernah membuat "benchmark" untuk filem keluaran tempatan berbanding dengan filem keluaran hollywood namun what triggers me to write adalah hari ni aku menyaksikan kualiti lakonan watak dalam Tanda Putera yang sangat2 amazing... 

to rusdi ramli, faezah elai, linda hashim and especially mr. zizan nin.. you guys showed the very best performance indeed.. congrats to you. 

jalan cerita mmmm menarik, cuma aku rasa ada melompat disana sini mungkin kerana pemotongan dan sebagainya lah.. 

amat tertarik dengan lakonan zizan nin tadi, wow, pembawakan watak tun dr ismail, sangat2 mantap dan goes straight to the bone! actually aku tidak pernah kenal betul tun dr ismail (selain daripada tahu akan nama taman near to damansara utama tu) sebab dia kembali menemui maha esa sewaktu aku berumur 3 tahun.. tapi zizan had took me away with the very natural character yang dibawakan.. setidak-tidaknya watak tersebut telah membuat aku tersentuh dibeberapa scene Tanda Putera. 

to rusdi ramli, faezah elai dan linda hashim, u guys had gave your best dan lakonan kalian turut memberikan kesan mendalam kepada jalan cerita filem ini. tahniah. 

to shumi, mmmmmmmmmmmmmmmmm.... i guess its time for u to sack your animation and art direction guys! aiyooo ketua polis punya kereta aduhhh potrayed was mercedes W124 which was introduced to market in 1986.. sedangkan the movie set was in the early 70's.. kahkah also the london cab... itu cab generation baru la i mean selepas tahun 2005.. halamak... shud i say more?... 

anyway, a good movie to watch.. and i really recommend it to all malaysian youngsters out there.. setidak-tidaknya you know your history and where you come from... 

salam...








Friday, 28 December 2012

antara kuasa dan akal si lanun...

salam,

mmm... dah lama rasanya aku tidak menulis... kesibukan tugas harian mencari sesuap nasi mungkin menjadi penghalang untuk aku menulis.. tetapi hari ini terdetik hati aku untuk buat coretan dalam blog aku yang tak seberapa ni mungkin disebabkan rasa tidak puas hati yang terbuku terlalu tebal dalam hati aku...

insyaallah aku akan cuba sebaik mungkin untuk mengawal perasaan aku.. tapi apakan daya, jari ini tidak mampu menyembunyikan apa yang hati aku rasakan... maaflah kepada sesiapa yang  membaca kalau penulisan yang aku coretkan ini menyinggung perasaan....

baiklah.. hari ini aku ingin menulis pasal Bahagian Penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya /  a.k.a Kumpulan Gangster/  a.k.a Lanun/ a.k.a Golongan Orang Tidak Berakal....

Sejak hampir sebulan lalu, aku dah membuka sebuah butik di kompleks milik kumpulan lanun ni di Subang Jaya.... dan bersama dua lagi kawan aku, kami mengusahakan butik ini dengan baik dan alhamdulillah perniagaan berjalan lancar dan sangat baik sambutannya.

namun keadaan kompleks ini sewaktu kami mendapat lot disini amatlah sedih kerana ia tidak lansung dikawal selia oleh geng lanun ni.. dengan bumbung kanvas yang sudah jatuh, wayar eletrik terjuntai disana sini, cerucuk besi yang tersembul yang membahayakan pengguna dan segala macam yang membahayakan orang ramai.

kompleks ini bagaimana pun adalah berhampiran dengan medan makan (food court). oleh itu ia telah menarik minat peniaga untuk datang dan berniaga di sini. namun keadaan yang agak HANCUSS ni telah membuatkan satu demi satu kedai di tutup...

jadi aku pun bercadang untuk membuka butik ini dan berbincang bersama peniaga2 disini untuk membersihkan kawasan kompleks. namun menurut mereka, kami harus meng"notify"kan geng lanun ini untuk untuk mengambil tindakan pembersihan berkenaan...

bagaimanapun setelah surat beserta gambar dihantar kepada geng lanun ini.. tidak ada sebarang tindakan yang dibuat... oleh itu kami bercadang untuk membersihkan kawasan ini sendiri dan alhamdulillah ia dah bersih dan dapat dilihat dari luar... secara tidak langsung orang pun dah ramai masuk ke sini dan pergi ke kedai2 yang terdapat di sini...

dan apa yang berlaku kelmarin, telah menaikkan darah aku yang senantiasa tinggi ni... sebab geng lanun ni datang untuk menyita beberapa premis di sini termasuk premis aku yang dikatakan tertunggak dan tidak mempunyai lesen perniagaan...

dan yang paling bestnya, depan partner aku ahli kumpulan lanun ini mengopakkan pintu kedai aku! walaupun kunci kedai ditangan partner aku... terima kasih lanun kerana korang ni berakal sangat macam CIBAI!!!!

partner aku yang sangat furious itu pun masuk ke kedai dan mengambil resit pembayaran serta lesen perniagaan yang akan tamat pada hujung 2013...

so macamana sekarang? pintu dah dikopak? resit pembayaran ada! lesen hidup! so??????

aku amat kesal sebenarnya dengan tindakan lanun-lanun ni yang membuat kerja tanpa menggunakan akal dan fikiran... MPSJ seolah-olah mengambil pekerja atas dasar "You Pay Peanuts You Get Monkeys"...

namun tidak sesuai untuk aku menggelarkan mereka itu "monkeys" kerana itu adalah diluar batasan diri aku sebagai seorang manusia rasional.. cuma tindakan mereka itu aku anggap sebagai "orang yang makan gaji buta" yang menjalankan tugas tanpa merujuk kepada fakta yang betul...

mungkin kompleks ini adalah tempat untuk peniaga kecil... tetapi peniaga kecil tidak semestinya berasal dari golongan yang tidak berakal seperti lanun-lanun ini...

kepada mereka yang pernah mengalami situasi begini aku rasa mereka faham.. tetapi kepada seperti orang macam aku, mmmmm entahlah "mix feelings" aku rasakan ketika ini... nak marah pun ya, rasa sedih pun ya tetapi rasa nak ketawa terbahak-bahak pun ya...

aku percaya dalam setandan pisang itu mesti ada yang baik... tidak semua seperti itu... tetapi hari ini aku sangat kesiankan Yang DiPertua MPSJ kerana dia mempunyai pegawai-pegawai penguatkuasa yang tidak berakal malah membuat kerja tidak menggunakan etika sebagai penjawat kerajaan... pendek kata... kerja macam gangster la...

rasanya sudah sampai masanya YDP mengambil tindakan untuk menghapuskan pekerja-pekerja lanun ini dan menggantikan tempat mereka dengan pekerja-pekerja yang lebih efisyen dan berakal... menukarkan jabatan mereka tidak lah satu tindakan bijak kerana, taik yang mereka buat ini tidak boleh dimaafkan... kenapa perlu lempar taik itu ke jabatan yang lain?

ends...








Tuesday, 17 April 2012

maafkan saya YAB Perdana Menteri.. Proton sekali lagi mengecewakan...

salam sejahtera dan salam 1 Malaysia...

ummmphhh... dah lama rasanya saya tidak menulis di blog ini.. tugasan harian agaknya menjadi my main enemy untuk saya tidak menulis biarpun terlalu banyak perkara yang terjadi di depan pada akhir-akhir ini... 

tapi malam ini rasanya tidak dapat tidur jika saya tidak menulis... ada sesuatu yang sudah lama terbuku di hati ini... 

bermula seawal 1985 (saya masih di tingkatan 3) dan kini 2012... sudah 27 tahun dah... kalau seorang manusia itu, pada usia ini dia sudahpun menjadi seorang dewasa tetapi apa yang terjadi hari ini adalah disebaliknya... adakah kita masih merangkak atau.... mmmm entah la... proton... proton......

mungkin pandangan saya ini tidak mewakili 27juta rakyat malaysia but the story goes like this...

tengahari tadi saya with my best buddy, Nizam Lombong pergilah test drive kereta baru, Proton Prevey, mmmm tunggu punya tunggu turn akhirnya dapat juga kami menguji pandu kereta terbaru keluaran proton itu... 

kecantikan adalah pada luar dan dalam... hikhik....
seperti seorang penyokong bolasepak, pada mulanya saya turut memuji design kereta ini dan pelbagai lontaran positif mengenai rekabentuk kereta ini dari segi luarannya.. ternyata di showroom kereta Proton Subang Jaya itu hanya kedengaran bunyi "ahhhhh" "oooooohhhhh" "woowwwww" dari pengunjungnya.. 

namun selepas penelitian dibuat pada prevey... mmmm well this is what i can say...

1. kenapa terlalu banyak "hook" atau cangkuk dalam kereta ini? ditingkap kiri dan kanan tempat duduk belakang ada hook untuk... mmm teh tarik kut... huhuhu... but kedudukannya rasanya tidak la sesuai kerana passenger belakang juga seharusnya mendapatkan visual diluar... so kalau di gantungnya plastik atau seangkatan dengannya tidakkah ia mengganggu?? hmmmm... entah la proton......

2. dah 27 tahun dah.... cuba tengok support untuk bonet belakang... mmmm rasanya jenama kereta lain sudahpun menggunakan hidraulic... tetapi Prevey masih lagi menggunakan sistem dua rod besi... mmm apa bezanya dengan proton saga keluaran 1985??? masih sama....... hmmmm entah la proton.....

3. penggunaan airbag memang penting pada dunia pemotoran hari ini... mmm hampir semua kereta keluaran dunia moden ini dilengkapi sistem airbag untuk menyelamatkan nyawa.. tetapi sesuatu yang menarik tetapi tidak masuk akal adalah sistem airbag pada Prevey ini boleh di on dan offkan... hahahahaha something that is really funny... untuk apa on dan off switch tu??? bukankah airbag perlu sentiasa be alert incase of accident? adakah airbag itu makan minyak? makan bateri? kalau bawak laju on, kalau bawak slow off? mmmm seriously saya really x faham "stunt" yang cuba dibuat Proton.. adakah ini bermaksud bila kita driving a Proton, life is an option?? hmmmm... entah la proton.... 

4. yang paling menarik waktu test drive kereta ni, menurut salesman dia, kereta ini akan mencapai torque optimum pada 2000 rpm... cuba duduk di belakang... board belakang yang menutupi bonet belakang itu akan start bergegar bermula kurang dari 2000 rpm... grrrrr grrrrrrr grrrrrrrrrr... macam ada handphone vibrate pulak... hahahahahaha... seriously sangat menarik.... hmmmmm entah la proton....

cukup setakat ini apa yang saya dapat komen untuk kereta ini... yang menarik minat saya is ceo proton dalam rancangan Malaysia Hari Ini pagi tadi ada menyebut... maksud prevey is "to prove"... oleh itu apakah maksud to prove itu?? adakah to prove yang proton still a substandard car? hmmmm entah la proton... 

well i guess for a car worth rm70k... exora and even saga blm has a better deal.... 

maafkan saya YAB Perdana Menteri, Proton still proves its very dissapointing... 

salam...

p/s: i really wonder kalau loan arrangement sampai 9 years... would the car still in one piece before the end of installment or there will still be comments like "mmmm biasa la ..... proton..."

Monday, 14 November 2011

Maharaja Lawak Mega: The Best of The Best or Simply Mega Bullshit!

salam,

mmm memang dah lama aku tak menulis dan malam ni datang pulak idea dalam kepala otak ni nak coretkan sesuatu yang aku rasakan tak kena dengan negara ini terutamanya industri seni yang senantiasa berada dalam hati aku... 

dari meja wartawan hiburan Berita Harian, kini aku di meja kantor aku sendiri... mmm dua tempat berbeza tetapi aku masih ingin memperbetulkan apa yang aku rasa tak betul dengan industri seni kita... 

so malam ni aku nak ceritakan sikit pasal Maharaja Lawak Mega!... 

Bermula dengan Raja Lawak lepas tu dipaksanya pulak kompeni Ananda Krishnan ni untuk kita membakar duit kita melanggan siri channel mustika untuk Maharaja Lawak dan kemudiannya Maharaja Lawak Mega, tanpa segan silu aku pun seperti kalangan 27 juta rakyat mesia ni melangganlah  untuk tidak lepaskan peluang keemasan menyokong industri seni ini... 

Tidak dinafikan banyak bakat-bakat baru dibidang lawak ini muncul, tidak kurang ia mematangkan seni lawak itu sebagai satu karier yang "serious" dan boleh menjaminkan masa depan, tetapi apa yang dah terjadi pada Maharaja Lawak Mega ni? 

Aku tidak nampak ketulusan ataupun "transparency"astro dalam menerbitkan rancangan yang sepatutnya menjadi terbaik dari yang terbaik.. it seems apa yang aku nampak hanyalah satu rancangan "Old Fuckers meeting New Suckers... 

Bukannya apa, dengan kumpulan old schools yang asyik recyclekan jokes yang lama diketengahkan sejak pentas Dewan Bahasa dan TV1 hinggalah the new gang yang cuba recyclekan benda-benda yang sama setiap minggu kononnya ada keunikan... seriously aku tak yakin ini adalah yang terbaik... 


Macam group ni, Boboi, aku rasa macam pelik, geng juri punyalah suka... geli pun ada, bukannya apa, aku rasa nama group is a nama group.. dan diorang berduanya sepatutnya buat benda yang lain la setiap minggu untuk membuktikan bertapa "versatile" nya mereka... inikan tidak setiap minggu dua polan ni dengan benda yang sama saja... apa yang aku nampak disini adalah diorang ni bukan nak bertanding tapi nak create "character branding"... apa pulak lepas ni??? kartun boboi? t shirt boboi? komik boboi?  and the best thing is ketua juri pun "tersangatlah suka" and he falls for it... theres only one thing i could say here to dato chef wan... "u suck big time bebeh!"

Mmmmm... Jalil Hamid... mmm dia ni memang lain macam... 2 weeks dengan ayam jokes now hes back on track with new fresh ideas.. simple and nice... Osman Bombay.. bagus bagus bagus... 

but then again, aku hairan with the concept and ideas, si tukang masak duta negara ni masih lagi penalise  him... seriously aku lagi x faham... 

Macam nasib kumpulan Anje, aku memang bersimpati.... ideas tip top, every week different senarios, tetapi mungkin Joey masih belum that experience to take the stage.. so leaving Acong to make it happen.. tapi appreciation of the jury aku nampak macam loose sangat... 


kalau nak di comparekan dengan kumpulan Syok, aku rasa Anje ni jauh lebih baik... tapi then again, dimanakah permarkahan mereka? adakah pada ideas, pada konsep persembahan? ketawa yang banyak? ataupun simply juri nak nampak handsome... so not transparent! to me this is Bullshit! ataupun semua group ni kena buat lawak cute macam kanak2 separuh akal kot baru dapat sokongan dari juri... mmm tepuk dada tanya selera....


Lastly, THIS GUY IS VERY INFORMATIVE.... aku tak pernah tengok this kind of stand-up comedy yang ada full of information with lots and lots of knowledge... he must be doing his homework very well.. 
Dari kisah legenda bapanya, hinggalah keluhan seorang gadis india, dan baru-baru ini cerdekiawan talak... ada idea, concept dan tersangat menghiburkan... so original, so informative and so unique.. 

tapi yang aku heran, juri masih tetap bantai... apa yang sebenarnya nak mereka lakukan? well bukan aku nak cakap orang mesia ni pandai sangat, but most of us punyai mentality yang lebih pandai dari juri-juri yang kat atas tu... and aku rasa being 3rd from last for Adlin in Maharaja Lawak Mega is so not fair... 

Again apa yang aku dan 27 juta rakyat mesia ni nak faham, apakah sebenarnya jenis permarkahan juri "propesionel" korang ni? so far its just commenting2 and terus commenting, dan berapakah segregation markah itu mengikut persembahan? or simply haha hehe huhu.. tulis markah..... sekali lagi aku nak cakap korang ni memang betul betul "Bullshito El Basterdos"!

Astro, please be very transparent... i guess ini satu amaran dari kami penonton yang membayar untuk siaran kami..... kalau betul nak buat something yang berkualiti.. better do it properly... 

sebab nasib korang ni bergantung pada mereka ini... TEPUK DADA TANYA SELERA!

salams.....

Tuesday, 6 September 2011

Salam Aidilfitri dan Mari Menghias Kereta!

Salams...

ishhh, dah lama tol aku tak menulis ni... tapi rasanya bagus gak pasal Ramadhan pun baru saja lepas dan mungkin tulisan aku ni akan mengurangkan pahala aku tempohari...

malam ni aku nak tulis pasal "observation" yang aku buat semasa memandu di highway pada aidilfitri baru baru ni... rasa seronok bercampur keliru pun ada jugak..

bukan sebab apa, malam-malam berterawih di masjid, terkadang ada jugak tazkirah ku dengar mengenai "sambutlah dengan sederhana" dan semangat menyambut kemenangan di Aidilfitri.. tapi apa yang aku lihat adalah sebaliknya...

ramai umat "melayu" ni menyambut kedatangan syawal bukan dengan semangat aidilfitri... tetapi apa yang aku nampak, mereka lebih berminat menghiasi kereta mereka sempena syawal... entah berapa duit yang diorang abiskan? allahualam....

kahkahkah....

yang best tu sewaktu aku memandu, sempat jugak aku tangkap gambar "kereta-kereta power" ni di jalanan... dan seriously "you guys are too much" hahahahahaha

pelik pun ada, kelakar pun ada... tapi apa pun ini mungkin menjadi pengukur kejayaan mereka sebagai orang merantau di kuala lumpur...

apa tidaknya, aku rasa seumur hidup aku yang dibesarkan di kota metropolitan ni, takda pun terlintas di hati aku untuk "memake upkan" kereta aku sempena syawal... tapi mungkin minat aku bukan disitu...

entah la... rasanya ada sesetengah kedai aksesori menawarkan "pakej raya" kot... so mungkin aku ni jangkal sikit...

wow kepak belakang, rim hitam, atas bumbung ada fin pulak tu... orang kg sure bangga..


wow, keta dah kaler ferarri walaupun ianya honda.. haha.. kepak masih tak ketinggalan..

wow, bro... raya pun raya la jugak.. takkan warna pink kot.. demam ah dia ni.. kahkahkah

tak dapat beli lancer, inspira pun ok lah.. janji make up evo.... kakakaka

kepak lagi....

wow... mamat ni sama ngan iswara yang mula2 tu.. tapi kepak dia lagi tinggi.. 

inilah rim putih terbaru aku.. fuhhh org kampung mesti gempak nyerrr kahkah

ish... org kg mesti sujud kat kaki dia ni.. mana tak berani tak hingat.. flat black tuuu.. esok bila ko nak cat kaler lain keta baru ko tau azabnya....

wahhhh garangnya... macam keta nasing... rim hitam dan tidak ketinggalan.. kepak aidilfitri...
apapun aku nak mengambil kesempatan disini mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin serta berhati-hati di jalanraya...

wasalam..

Thursday, 14 July 2011

Jakarta oh Jakarta

salams,

rasanya dah terlalu lama aku tak menulis, well as usual i've been busy with my werk... anyway kali ni aku saja nak menulis mengenai kehidupan untuk tatapan semua...

actually with the hustle n bustle in kl baru2 ni... bersih la apa la terpetik aku mengenai what i saw in jakarta sewaktu aku ke sana baru-baru ni... i was there to attend a meeting with partners over in jakarta bout our new distribution deal..  thanks to my partner din, he was very slick n know the town like the back of his hands n surprisingly with all the "macets" (traffic jams) he knows all the shortcuts route to everywhere.. amazingly hes a genius...

but din has struck me... aku ni mmg lemah sket bila aku tgk kesusahan manusia.. the shortcuts membawa aku masuk ke ruang-ruang sempit di jakarta yang tak pernah aku impikan begitu... yess kawasan setinggan...

aku tak pernah imagine hidup mereka seperti itu... (korang yang ikut bersih la apa la haritu kalau korang tengok barulah korang tau betapa untungnya korang dok kat mesia ni... tak susah, umah pun selesa, tapi tak sedar diri.. mengong!!!)

aku difahamkan kehidupan sempit mereka itu berpunca daripada kepadatan penduduk yang teramat sangat dan sosio ekonomi yang terlalu rendah... ada mereka bergaji hanya kurang dari rm200 sebulan.. macamana nak bagi makan anak-anak? i don't exactly know!

no wonder siaran free tv di indonesia amat menarik sekali.. full of entertainment n information.. mungkin pasal orang diorang tak mampu untuk tengok siaran macam astro kita yang semakin hari semakin mahal (seriously like shit) (n)

mungkin pasal rakyat di jakarta sahaja pun dah lebih 20 million membuatkan mereka tak ada choice.. allahualam...

sapa yang melihat kesusahan mereka pasti akan insaf... i tak tau la.. but i did... hidup mereka terlalu susah... nak kesian kita tak kenal but nak tolong takut ramai pulak yang minta... so i better keep my hands inside the cab or the "bajak" (three wheeled cab)...

talking bout the bajak... fuhh i had a hell of the ride there... like a roller coaster but fun... with inches away from other vehicles, bajak yang aku naik tu mmg rider giler... but ada sekali dia terlanggar kaki orang la.. hahahaha...

anyway, aku pun tak rasa nak tulis panjang... i just let ur imagination do the rest...


on site repair tayar.. very popular in jakarta 
salams...