Monday, 11 April 2011

Doktor, Facebook dan Lori Kasih Sayang..

Salam, 

hari ni aku nak ceritakan satu kisah yang mungkin akan menyentuh korang in a way.. mungkin korang pernah alaminya aku pun tak tahu... 

minggu lalu, my sis in-law, dr. adura rauf of ijn telah post this to facebook "Looking for a cake shape like truck tonight... any suggestion where I can find one now?" dan ia menerima pelbagai cadangan menerusi ruangan commentsnya.. 

lantas aku pun tertanya, apakah sebenarnya yang dimaksudkan oleh adura sehinggalah the next day adura told me the story

inilah kisahnya: 

ada seorang kanak-kanak lekaki bernama iqbal fahreen berumur 5 tahun telah masuk ke ijn kerana mengidap penyakit jantung. aku tak boleh confirm details mengenai penyakit itu tetapi apa yang aku faham adalah ia sangat merbahaya dan iqbal tidak boleh diselamatkan lagi. 

so di ijn, iqbal ditemani oleh ibu dan ayah dimana pasangan itu pasrah dan hanyalah berdoa untuk yang terbaik buat iqbal. 


saat berganti, minit berganti, jam lewati, hari berganti hari, ibu dan ayah menanti dengan penuh kesabaran sesuatu yang mereka sendiri tidak mahu.. namun apa yang penting sekarang adalah apa yang diinginkan oleh anak kecil itu.. 


suatu pagi, iqbal bangun dan dia berkata yang dia inginkan kek berbentuk lori untuk harijadinya. namun dimanakah yang ada jual kek berkenaan? mereka cuba untuk mencari akhirnya permintaan itu disampaikan kepada adura dan staff ijn.. lalu mereka cuba sedaya upaya menerusi pelbagai means untuk mendapatkan kek berkenaan. 

adura, yang aktif menerusi laman sosial facebook telah menulis post di atas.. akhirnya sebaran menerusi facebook telah membuahkan hasil apabila beberapa jam selepas itu satu pasangan telah menelefon ijn dan menyatakan hasrat yang mereka akan membuat kek tersebut dengan kadar yang segera... alhamdulillah....

beberapa jam kemudian, kek tersebut tiba di ijn dan semua pihak menarik nafas lega dan mereka organizekan sebuah party kecil untuk si comel itu.... 

segalanya untuk iqbal.... 
segalanya untuk iqbal....
segalanya untuk iqbal....

seperti seorang banduan menanti hari digantungkan, mungkin itu perasaan yang dapat aku gambarkan disini buat ibu dan ayah iqbal... setiap saat dilalui dengan penuh kasih sayang.. dan sehingga hari jumaat lalu.. aku membaca comment ini dari adura... "Zu, silakan....murah rexeki Iqbal. He got a total of 4 truck cakes"... alhamdulillah...

mungkin aku dapat merasai apa yang dirasakan oleh ayah iqbal tetapi apakan daya kita hanya pemerhati dan bukan merasakan sendiri kepahitan dan keperitannya... 

hari berganti hari... 

namun, tepat pada jam 4.12pm pada hari sabtu yang lalu, airmataku secara automatik menitis apabila aku membaca mesej menerusi bb ku....

mesejnya berbunyi begini:




"Adik Iqbal Fahreen telah pergi menghadap illahi pada 3.50ptg tadi... Al-fatihah, semoga keluarganya tabah menghadapi dugaan ini."


kita hanya merancang, dia yang menentukan, ajal dan maut ditangannya.. mungkin itu yang lebih baik... dia saja yang tahu... 

tidak dapat aku gambarkan perasaan ibu dan ayahnya.. 

seperti quotation oleh raja middle earth di dalam buku lord of the rings oleh JRR Tolkien "no man wants to burry his own" (bermaksud tidak ada seorang bapa pun yang mahu mengebumikan anaknya..")

apa yang hanya dapat aku lakukan hanyalah menghadiahkan surah al fatihah kepada iqbal dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan kanak-kanak beriman disana... al fatihah


salam....

Sunday, 3 April 2011

gt128 vs teana

salam, 

last nite was a very enjoyable night... memang berbaloi i cancelled all my plans going out just to sit back n relax in front of my 42" to watch ABPBH2010... 

first of all i would like to congratulate the old boys at Berita Harian namely Datuk Mior Kamarul Shahid n my best pal Zainuri Misfar for organizing such a wonderful event n a very entertaining one.. 

yes... its very simple but adorable show.. memang bagus jika content dijadikan faktor khusus dan utama selain daripada pembinaan set yang canggih tetapi lots of un-utilized factor.. huhu just being technical sikit...

mmm all is well n ends well... itulah yang dapat aku gambarkan secara keseluruhan show malam semalam..  i guess its better than previous years although muka-muka penyeri lama masih lagi menggigit namely Raja Azura dan Sharifah Shahira.. 

ucop wilcha
dengan penampilan shy8 n johan raja lawak at the end of the scene as abi hurairah n ucop wilcha lebih menggamatkan suasana.. n to be frank, i enjoyed it.. 

sam as adnan sempit
ok.. these past few years actually, my eyes had been observing this guy, shaheizy sam. from a guy who plays in horror spoofs movies to a mat rempit "bunga" with his modenas gt128 in adnan sempit and now an actor who is well recognize with his new nissan teana.. hahaha memang he deserves it.. 

this guy to what i see has his own style of doing it... with the perangai gila-gila actually he reminds me of my younger days when i was a mat rempit myself.. 

i have to admit, i am a director guy when comes to movies.. from tim burton to steven spielberg, i had only a handpick for local movie directors namely, mamat khalid n only a few more.. but last year Adnan Sempit the movie changes my perception.. this guy was the reason.. 

somehow i like his style of doing it.. non the less i was really proud to learn that the movie collected rm7mil during screening.. and so the story goes when i will always be in the front seat everytime Adnan Sempit the series came on air.. 

memang bagus budak ni menang.. this shows dat his commitment had been paid off... hopefully other actors in malaysia would follow his step.. be what you are n not by the pretty face you have.. 

tahniah sam and good luck!

wasalam..

Friday, 1 April 2011

mcdonalds weekly: sex toys vs masjid!

salam,

selamat hari jumaat!!! hoho....

seperti biasa hari ni aku akan "free" kan diri aku to go for friday prayers with my son.. well kalau dari dulu my son will always tag with me thru the prayers but now sejak sejak bergelar remaja ni he will be with his friends lepakings at mcdonalds before prayers starts..

and as usual, being a dad, i always said "buat apa membazir asyik ber mcd every friday... cuba lah take nasi or something else.."

but today i was glad mcdonalds saved me!

seperti biasa, before prayers aku akan berjalan dulu di small bazaar near this masjid subang jaya just to kill my time looking at the people there with their activities mainly makan la...

so seperti biasa, i went to grab my fav air tebu and start to stroll around tengok peniaga-peniaga yang menjaja disitu... from one gerai to another ada yang menjual kitab, songkok, vcd syarahan agama selain dari gerai gerai makanan yang senantiasa laris jualannya..

but today was different. today aku melihat something yang well u can say agak mengejutkanlah.. whether its a normal thing or not i just don't know.. i mean now is 2011, i maybe kolot lah but i guess i am still an up to date person lah..

there was this man in his late 40's menjual pelbagai bentuk sex toys di bazaar masjid!

WTF!!!!!!!!!!!!!!    fuhhh lucky my son was not there...

from penis enlarger to vibrators, from cock ring to spanish fly... all the gang members was there... seriously gila...

sometimes makes me wonder, pakcik tu tau tak dia jual apa or just being a peniaga tak tau hormat menjual benda benda tu di masjid..

memanglah aku faham, berniaga adalah suatu tuntutan hidup yang mulia.. but menjual benda benda tu kat masjid? this is too much..

yang best tu, bila masuk waktu azan, peniaga tu tau pulak ambik plastic n cover gerai dia n pergi sembahyang.. then lepas sembahyang datang balik jual vibrator tu.. hahahaha memang cibai!

nobody's perfect.. memanglah but god has given us the brains to think.. aiyooo so fucking stuck up sesetengah orang ni...

wasalam..

Thursday, 31 March 2011

makcik pagar n pakcik baretta: the unsung legends

salam,


zaman silih berganti, jalan semakin membesar, kereta semakin banyak, ditambahkan pula rel lrt di atas kepala terpacak megah menghiasi bumi keramat kini...


tapi apa yang menarik perhatian aku disini hero hero kampung aku yang jarang dikenali oleh orang luar kawasan ini apatah lagi nama mereka yang tidak dipampang sebagai coretan sejarah disini melainkan daripada memori orang lama keramat sendiri...


kemana mereka... aku pun tak tahu...


siapa itu makcik pagar dan pakcik baretta? huhuhu... dua nama besar keramat yang sering menjadikan waktu pagi di bumi keramat ini sungguh ceria sekali..


makcik pagar ini mendapat namanya daripada keunikan kedudukan rumahnya yang terletak dikawasan sudut simpang tiga pasar keramat dan sekolah datuk keramat... mmm susah untuk aku explain but it was a place very strategic to cause a massive traffic jam in keramat pada lewat 70's dulu... hahaha.. terkejut???


yessss... memang benar.. sesiapa yang lalu saja disitu akan cuba untuk mencilok sedaya mungkin untuk berhenti di pagar rumah itu macam tengok eksiden kat federal highway... hahaha (funny but true).


aku mungkin tak tergolong dalam kelompok masyarakat itu ketika itu kerana aku berspeda dua... hihihi berbasikal atau lebih dikenali disini dengan panggilan beskal jerr... kehkeh...


makcik pagar ni sebenarnya adalah penjual nasi lemak!


the nasi lemaknya soooo sedap... sehinggakan drivers memang berhenti dan membeli...


a real massive thing! massive in evrything..


1. traffic jam yang tak hengat!
2. drivers park sesuka hati!
3. the long que!
4. the heavy orders!


seriously nasi lemak dia memang sedap..


memanglah waktu tu aku masih lagi di alam persekolahan but aku turut merasai satu daripada problem di atas itu... iaitu no 3 dan no 4..


alkisah nasi makcik ni pun sedapkan... diorang beli bawak pergi ofis dan kawan kawan ofis pun try dan diorang pun rasa sedap dan diorang pun nak jugak dan diorang pun order la untuk esok and si driver ni apa lagi berhentilah kereta kat pagar tu pasal nak beli nasi lemak tu... damn!


sebab no 3 dan no 4 ni memang berkait rapat dengan aku... walaupun berbeskal aku seperti ordinary honest citizen lain kenalah que jugak... omg seriously penat... mana tak nya pakcik depan aku order sampai 10 bungkus, depan dia 12 bungkus, depan dia, depan dia, depan dia???????? seriously pernah aku sampai depan makcik tu senyum jer dan dengan telo jawanya cakap "nasik abis dik...."


nasi lemak dia memang sedap so waktu tu dalam rating keramat she got the top spot!


nasi lemak, sambal sotong, rendang daging, timun, telur rebus/goreng, is the main menu there but thats not the attraction... the main course makcik pagar is her kangkung rebus n tempe goreng... memang menambat hati...


can u imagine the traffic jam is more than a kilo just for her... hahaha.....


oh well, during that same period of time ada rival dia jugak... yang dikenali dengan nama pakcik baretta...


waktu tu rating dia jatuh no 2... location dalam pasar... lauk pauk dia sedap jugak... lebih kurang sama jer genre dia cuma his actual sale would start after 9am...


kenapa aku cakap macam tu becoz... bila makcik pagar melabuhkan tirainya so there is no more choice except to turn quickly to pakcik baretta which is the next thing to nothing..


memang banyak penjual nasi lemak kat keramat at the time but these two unsung legends ni memang tiada tandingan..


pakcik baretta ni sama macam manusia melayu lain juga, ada nama.. tapi i forgot his name.. hehehe cuma signature apparel dia adalah topi baretta yang dia pakai tu (Baretta is an American detective television series which ran on ABC from 1975 to 1978 with Robert Blake in the title role; wikipedia)


pakcik baretta bagaimanapun tidak menjejaskan golongan drivers kereta di keramat.. namun kedudukan dia di dalam pasar itu mengancam orang seperti aku.. yesss memang orang macam aku yang pada waktu itu masih budak lagi... 


kenapa tak nya... aku naik beskal... dalam pasar pulak beskal kena banned.. so kena parking kat luar... apa lagi kronologi kejadian pastinya akan menjadi seperti berikut:


1. park beskal
2. kunci beskal
3. masuk pasar
4. order n tunggu
5. order siap 
6. jalan balik ke beskal
7. beskal dah kena rembat...


seingat aku lah... dua kali beskal aku kena rembat (curi) pasal beli nasi lemak pakcik baretta ni.


to end my coretan ni, makcik pagar ends her operations in mid 80's leaving pakcik baretta to lead the numero uno rating for more than 20 years... 


wasalam

el pasporte n the mykartu

salam,

hari ni ada sikit cerita kelakar seram aku nak sampaikan. seawal 7 pagi aku dah siap nak ke imigresen (huhu translation yang mudah) untuk renew intl passport yang nak mati september nanti..

had drove to skypark subang punyalah jem bangat... last last sampai kat sana nampak inkjet banner yang nak separuh lusuh dah bertulis "kami dah pindah" hehehe simplify sket statement tu..

actually imigresen dah pindah from skypark to plaza glomac in kelana jaya... so i drove back downstream.. so bila sampai kat office tu the greeting that i got from the staffs was so warming... bravo n terima kasih kepada kakitangan dept imigresen cawangan tu.. seriously they were good in handling matters.. so far the service was fast n everyone seems to be happy...

aku sebenarnya dok delay lama dah nak renew ni pasal sibuk sangat... but pasal nak attend meeting in vinpearl island, vietnam in two weeks time ni so aku gagahkan diri jugak la....

it was a surprise to me actually bila the reception staff cakap " abang no need to que.. boleh pergi kat machine  saja.. just cocok ur passport, mykad and then cocok duit pulak... then tunggu sejam.. siap!"

wow!!!! seriously the service industry in malaya now is oredi so canggih one... hehehe... i was so impressed with that guy punya explanation sampai tak sabar nak pergi kat machine tu...

aku pun apa lagi melangkah bangga la ke machine tu (actually dalam kepala aku ni dok main lagu Malaysia Berjaya) pasal aku excited sangat nak experience kecanggihan benda tu...

so,

step 1: sila masukkan passport anda (checked)
step 2: sila masukkan mykad anda (beep beep beep beep)
step 3: (tak sampai lagi huhuhhuu)
sekali lagi cuba;
step 2: (beep beep beep)

seriously muka aku waktu tu macam "happy tree friends" pun ada... punya lah hampa...

bila aku tanya officer yang kat situ dia kata... "hehehe encik... mykad cik rosak"

hampeh!

aku memang tak faham.... bila aku tanya minah officer tu dia kata.. mykad ni kadang2 cip dia berkarat.. aku lagi tak faham

macamana benda ni tak pernah keluar dari wallet aku pun boleh berkarat.. dah la tu dulu siap kena pau sehinggit beli plastik cover waktu amik mykad tu... last last berkarat...

aku tanya dia... selalu ke macam ni... n dia jawab "kadang2 mykad tu dah patah tiga pun cip dia ok... kadang2 pulak mykad berkilat macam krom tapi cip rosak... huhuhu"

aku pun melangkah keluar dari bilik tu dengan perasaan you know what and i know what la... kahkah

back to square one.... isi borang!

pengajaran hari ini: sapalah yang dapat kontrak buat mykad tu... hahahahahahaahaha

Tuesday, 29 March 2011

damn twit twit...

salam,

malam tadi sewaktu meeting dengan "client" pasal kerja aku dikejutkan din bila bbnya tu ber twit twit... "ooii.. tengok ni..." dengan mata yang kurang tajam ni aku tgk di skrin bb tu JACKIE CHAN IS DEAD!

tak sabar tul aku dibuatnya.. punya lah rush aku nak balik nak baca news pasal tu.. last last sampai rumah...  the news was a hoax.. damn.... celaka punya twitter... sapa la punya kerja ni ...

ooiii jangan ooiii... aku memang minat giler pelakon ni.. daripada tongsan abis now he made it to hollywood... memang aku kagum...

pernah sekitar 1995-1996 aku interview dia, that time he was damn slow in english... but at least he has the guts to speak "lah" hahahaha..


mati ke tak mati ni????

DAMN TWIT!

alhamdulillah.. akhirnya...

salam..

alhamdulillah.... dan akhirnya aku kembali menulis... rasanya dah 11 tahun aku tak menulis. entah kenapa malam ni sambil mendengar "teratai" dendangan ramli sarip tergerak hatiku untuk mencoret di blog pertama ku ini....

lagu ni mengingatkan aku detik-detik manis di meja berita, akhbar berita harian dengan rakan-rakan pernah suatu ketika mengisi ruang hatiku mencintai bidang penulisan.. hahaha feeling tak ingat.. anyway that was my way back then... dan hidup haruslah diteruskan...

been there, done that and so be it...

aku lahir di sini, masih di sini, sentiasa di sini.. biar ke tahap mana pun aku terbang.. aku takkan lupa bahawa sesungguhnya aku ini budak keramat...

wasalam...