Friday, 28 December 2012

antara kuasa dan akal si lanun...

salam,

mmm... dah lama rasanya aku tidak menulis... kesibukan tugas harian mencari sesuap nasi mungkin menjadi penghalang untuk aku menulis.. tetapi hari ini terdetik hati aku untuk buat coretan dalam blog aku yang tak seberapa ni mungkin disebabkan rasa tidak puas hati yang terbuku terlalu tebal dalam hati aku...

insyaallah aku akan cuba sebaik mungkin untuk mengawal perasaan aku.. tapi apakan daya, jari ini tidak mampu menyembunyikan apa yang hati aku rasakan... maaflah kepada sesiapa yang  membaca kalau penulisan yang aku coretkan ini menyinggung perasaan....

baiklah.. hari ini aku ingin menulis pasal Bahagian Penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya /  a.k.a Kumpulan Gangster/  a.k.a Lanun/ a.k.a Golongan Orang Tidak Berakal....

Sejak hampir sebulan lalu, aku dah membuka sebuah butik di kompleks milik kumpulan lanun ni di Subang Jaya.... dan bersama dua lagi kawan aku, kami mengusahakan butik ini dengan baik dan alhamdulillah perniagaan berjalan lancar dan sangat baik sambutannya.

namun keadaan kompleks ini sewaktu kami mendapat lot disini amatlah sedih kerana ia tidak lansung dikawal selia oleh geng lanun ni.. dengan bumbung kanvas yang sudah jatuh, wayar eletrik terjuntai disana sini, cerucuk besi yang tersembul yang membahayakan pengguna dan segala macam yang membahayakan orang ramai.

kompleks ini bagaimana pun adalah berhampiran dengan medan makan (food court). oleh itu ia telah menarik minat peniaga untuk datang dan berniaga di sini. namun keadaan yang agak HANCUSS ni telah membuatkan satu demi satu kedai di tutup...

jadi aku pun bercadang untuk membuka butik ini dan berbincang bersama peniaga2 disini untuk membersihkan kawasan kompleks. namun menurut mereka, kami harus meng"notify"kan geng lanun ini untuk untuk mengambil tindakan pembersihan berkenaan...

bagaimanapun setelah surat beserta gambar dihantar kepada geng lanun ini.. tidak ada sebarang tindakan yang dibuat... oleh itu kami bercadang untuk membersihkan kawasan ini sendiri dan alhamdulillah ia dah bersih dan dapat dilihat dari luar... secara tidak langsung orang pun dah ramai masuk ke sini dan pergi ke kedai2 yang terdapat di sini...

dan apa yang berlaku kelmarin, telah menaikkan darah aku yang senantiasa tinggi ni... sebab geng lanun ni datang untuk menyita beberapa premis di sini termasuk premis aku yang dikatakan tertunggak dan tidak mempunyai lesen perniagaan...

dan yang paling bestnya, depan partner aku ahli kumpulan lanun ini mengopakkan pintu kedai aku! walaupun kunci kedai ditangan partner aku... terima kasih lanun kerana korang ni berakal sangat macam CIBAI!!!!

partner aku yang sangat furious itu pun masuk ke kedai dan mengambil resit pembayaran serta lesen perniagaan yang akan tamat pada hujung 2013...

so macamana sekarang? pintu dah dikopak? resit pembayaran ada! lesen hidup! so??????

aku amat kesal sebenarnya dengan tindakan lanun-lanun ni yang membuat kerja tanpa menggunakan akal dan fikiran... MPSJ seolah-olah mengambil pekerja atas dasar "You Pay Peanuts You Get Monkeys"...

namun tidak sesuai untuk aku menggelarkan mereka itu "monkeys" kerana itu adalah diluar batasan diri aku sebagai seorang manusia rasional.. cuma tindakan mereka itu aku anggap sebagai "orang yang makan gaji buta" yang menjalankan tugas tanpa merujuk kepada fakta yang betul...

mungkin kompleks ini adalah tempat untuk peniaga kecil... tetapi peniaga kecil tidak semestinya berasal dari golongan yang tidak berakal seperti lanun-lanun ini...

kepada mereka yang pernah mengalami situasi begini aku rasa mereka faham.. tetapi kepada seperti orang macam aku, mmmmm entahlah "mix feelings" aku rasakan ketika ini... nak marah pun ya, rasa sedih pun ya tetapi rasa nak ketawa terbahak-bahak pun ya...

aku percaya dalam setandan pisang itu mesti ada yang baik... tidak semua seperti itu... tetapi hari ini aku sangat kesiankan Yang DiPertua MPSJ kerana dia mempunyai pegawai-pegawai penguatkuasa yang tidak berakal malah membuat kerja tidak menggunakan etika sebagai penjawat kerajaan... pendek kata... kerja macam gangster la...

rasanya sudah sampai masanya YDP mengambil tindakan untuk menghapuskan pekerja-pekerja lanun ini dan menggantikan tempat mereka dengan pekerja-pekerja yang lebih efisyen dan berakal... menukarkan jabatan mereka tidak lah satu tindakan bijak kerana, taik yang mereka buat ini tidak boleh dimaafkan... kenapa perlu lempar taik itu ke jabatan yang lain?

ends...