Friday, 28 December 2012

antara kuasa dan akal si lanun...

salam,

mmm... dah lama rasanya aku tidak menulis... kesibukan tugas harian mencari sesuap nasi mungkin menjadi penghalang untuk aku menulis.. tetapi hari ini terdetik hati aku untuk buat coretan dalam blog aku yang tak seberapa ni mungkin disebabkan rasa tidak puas hati yang terbuku terlalu tebal dalam hati aku...

insyaallah aku akan cuba sebaik mungkin untuk mengawal perasaan aku.. tapi apakan daya, jari ini tidak mampu menyembunyikan apa yang hati aku rasakan... maaflah kepada sesiapa yang  membaca kalau penulisan yang aku coretkan ini menyinggung perasaan....

baiklah.. hari ini aku ingin menulis pasal Bahagian Penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya /  a.k.a Kumpulan Gangster/  a.k.a Lanun/ a.k.a Golongan Orang Tidak Berakal....

Sejak hampir sebulan lalu, aku dah membuka sebuah butik di kompleks milik kumpulan lanun ni di Subang Jaya.... dan bersama dua lagi kawan aku, kami mengusahakan butik ini dengan baik dan alhamdulillah perniagaan berjalan lancar dan sangat baik sambutannya.

namun keadaan kompleks ini sewaktu kami mendapat lot disini amatlah sedih kerana ia tidak lansung dikawal selia oleh geng lanun ni.. dengan bumbung kanvas yang sudah jatuh, wayar eletrik terjuntai disana sini, cerucuk besi yang tersembul yang membahayakan pengguna dan segala macam yang membahayakan orang ramai.

kompleks ini bagaimana pun adalah berhampiran dengan medan makan (food court). oleh itu ia telah menarik minat peniaga untuk datang dan berniaga di sini. namun keadaan yang agak HANCUSS ni telah membuatkan satu demi satu kedai di tutup...

jadi aku pun bercadang untuk membuka butik ini dan berbincang bersama peniaga2 disini untuk membersihkan kawasan kompleks. namun menurut mereka, kami harus meng"notify"kan geng lanun ini untuk untuk mengambil tindakan pembersihan berkenaan...

bagaimanapun setelah surat beserta gambar dihantar kepada geng lanun ini.. tidak ada sebarang tindakan yang dibuat... oleh itu kami bercadang untuk membersihkan kawasan ini sendiri dan alhamdulillah ia dah bersih dan dapat dilihat dari luar... secara tidak langsung orang pun dah ramai masuk ke sini dan pergi ke kedai2 yang terdapat di sini...

dan apa yang berlaku kelmarin, telah menaikkan darah aku yang senantiasa tinggi ni... sebab geng lanun ni datang untuk menyita beberapa premis di sini termasuk premis aku yang dikatakan tertunggak dan tidak mempunyai lesen perniagaan...

dan yang paling bestnya, depan partner aku ahli kumpulan lanun ini mengopakkan pintu kedai aku! walaupun kunci kedai ditangan partner aku... terima kasih lanun kerana korang ni berakal sangat macam CIBAI!!!!

partner aku yang sangat furious itu pun masuk ke kedai dan mengambil resit pembayaran serta lesen perniagaan yang akan tamat pada hujung 2013...

so macamana sekarang? pintu dah dikopak? resit pembayaran ada! lesen hidup! so??????

aku amat kesal sebenarnya dengan tindakan lanun-lanun ni yang membuat kerja tanpa menggunakan akal dan fikiran... MPSJ seolah-olah mengambil pekerja atas dasar "You Pay Peanuts You Get Monkeys"...

namun tidak sesuai untuk aku menggelarkan mereka itu "monkeys" kerana itu adalah diluar batasan diri aku sebagai seorang manusia rasional.. cuma tindakan mereka itu aku anggap sebagai "orang yang makan gaji buta" yang menjalankan tugas tanpa merujuk kepada fakta yang betul...

mungkin kompleks ini adalah tempat untuk peniaga kecil... tetapi peniaga kecil tidak semestinya berasal dari golongan yang tidak berakal seperti lanun-lanun ini...

kepada mereka yang pernah mengalami situasi begini aku rasa mereka faham.. tetapi kepada seperti orang macam aku, mmmmm entahlah "mix feelings" aku rasakan ketika ini... nak marah pun ya, rasa sedih pun ya tetapi rasa nak ketawa terbahak-bahak pun ya...

aku percaya dalam setandan pisang itu mesti ada yang baik... tidak semua seperti itu... tetapi hari ini aku sangat kesiankan Yang DiPertua MPSJ kerana dia mempunyai pegawai-pegawai penguatkuasa yang tidak berakal malah membuat kerja tidak menggunakan etika sebagai penjawat kerajaan... pendek kata... kerja macam gangster la...

rasanya sudah sampai masanya YDP mengambil tindakan untuk menghapuskan pekerja-pekerja lanun ini dan menggantikan tempat mereka dengan pekerja-pekerja yang lebih efisyen dan berakal... menukarkan jabatan mereka tidak lah satu tindakan bijak kerana, taik yang mereka buat ini tidak boleh dimaafkan... kenapa perlu lempar taik itu ke jabatan yang lain?

ends...








Tuesday, 17 April 2012

maafkan saya YAB Perdana Menteri.. Proton sekali lagi mengecewakan...

salam sejahtera dan salam 1 Malaysia...

ummmphhh... dah lama rasanya saya tidak menulis di blog ini.. tugasan harian agaknya menjadi my main enemy untuk saya tidak menulis biarpun terlalu banyak perkara yang terjadi di depan pada akhir-akhir ini... 

tapi malam ini rasanya tidak dapat tidur jika saya tidak menulis... ada sesuatu yang sudah lama terbuku di hati ini... 

bermula seawal 1985 (saya masih di tingkatan 3) dan kini 2012... sudah 27 tahun dah... kalau seorang manusia itu, pada usia ini dia sudahpun menjadi seorang dewasa tetapi apa yang terjadi hari ini adalah disebaliknya... adakah kita masih merangkak atau.... mmmm entah la... proton... proton......

mungkin pandangan saya ini tidak mewakili 27juta rakyat malaysia but the story goes like this...

tengahari tadi saya with my best buddy, Nizam Lombong pergilah test drive kereta baru, Proton Prevey, mmmm tunggu punya tunggu turn akhirnya dapat juga kami menguji pandu kereta terbaru keluaran proton itu... 

kecantikan adalah pada luar dan dalam... hikhik....
seperti seorang penyokong bolasepak, pada mulanya saya turut memuji design kereta ini dan pelbagai lontaran positif mengenai rekabentuk kereta ini dari segi luarannya.. ternyata di showroom kereta Proton Subang Jaya itu hanya kedengaran bunyi "ahhhhh" "oooooohhhhh" "woowwwww" dari pengunjungnya.. 

namun selepas penelitian dibuat pada prevey... mmmm well this is what i can say...

1. kenapa terlalu banyak "hook" atau cangkuk dalam kereta ini? ditingkap kiri dan kanan tempat duduk belakang ada hook untuk... mmm teh tarik kut... huhuhu... but kedudukannya rasanya tidak la sesuai kerana passenger belakang juga seharusnya mendapatkan visual diluar... so kalau di gantungnya plastik atau seangkatan dengannya tidakkah ia mengganggu?? hmmmm... entah la proton......

2. dah 27 tahun dah.... cuba tengok support untuk bonet belakang... mmmm rasanya jenama kereta lain sudahpun menggunakan hidraulic... tetapi Prevey masih lagi menggunakan sistem dua rod besi... mmm apa bezanya dengan proton saga keluaran 1985??? masih sama....... hmmmm entah la proton.....

3. penggunaan airbag memang penting pada dunia pemotoran hari ini... mmm hampir semua kereta keluaran dunia moden ini dilengkapi sistem airbag untuk menyelamatkan nyawa.. tetapi sesuatu yang menarik tetapi tidak masuk akal adalah sistem airbag pada Prevey ini boleh di on dan offkan... hahahahaha something that is really funny... untuk apa on dan off switch tu??? bukankah airbag perlu sentiasa be alert incase of accident? adakah airbag itu makan minyak? makan bateri? kalau bawak laju on, kalau bawak slow off? mmmm seriously saya really x faham "stunt" yang cuba dibuat Proton.. adakah ini bermaksud bila kita driving a Proton, life is an option?? hmmmm... entah la proton.... 

4. yang paling menarik waktu test drive kereta ni, menurut salesman dia, kereta ini akan mencapai torque optimum pada 2000 rpm... cuba duduk di belakang... board belakang yang menutupi bonet belakang itu akan start bergegar bermula kurang dari 2000 rpm... grrrrr grrrrrrr grrrrrrrrrr... macam ada handphone vibrate pulak... hahahahahaha... seriously sangat menarik.... hmmmmm entah la proton....

cukup setakat ini apa yang saya dapat komen untuk kereta ini... yang menarik minat saya is ceo proton dalam rancangan Malaysia Hari Ini pagi tadi ada menyebut... maksud prevey is "to prove"... oleh itu apakah maksud to prove itu?? adakah to prove yang proton still a substandard car? hmmmm entah la proton... 

well i guess for a car worth rm70k... exora and even saga blm has a better deal.... 

maafkan saya YAB Perdana Menteri, Proton still proves its very dissapointing... 

salam...

p/s: i really wonder kalau loan arrangement sampai 9 years... would the car still in one piece before the end of installment or there will still be comments like "mmmm biasa la ..... proton..."