Tuesday, 7 June 2011

KONGSI: Mesej Jelas..dari sebuah filem "Clumsy"

Salams,

Selepas hampir sebulan ditayangkan barulah aku dapat peluang tonton filem Kongsi di pawagam. well biarpun aku ni agak choosy dalam memilih filem, terkadang aku perlu ketepikan karya arahan pengarah seperti coppola, burton dan tarantino untuk memberi ruang kepada pengarah baru tempatan seperti Farid Kamil menunjukkan bakatnya.

tidak dinafikan Farid menerusi filem pertamanya V3 berjaya membuka luas mata aku yang sudah sekian lama memandang jauh kepada filem keluaran tempatan dan bagi aku, dia berjaya utilize segala resources dia dalam berkarya. so, that leads me to the cinema again to watch Kongsi...

well, as i said... this boy has his talent.. namun selepas beberapa feedback aku dapat dari friends yang dah menonton, aku nampak pandangan mereka kepada Kongsi lari dari apa yang di dalam kepala aku ni...

comedy??? nope... drama??? mmm ntah la... but apa yang aku boleh katakan Farid berjaya cipta genre baru dalam perfileman. filem bergenre "Clumsy"!

dari seorang hitman, Tumulak (lakonan Shaheizy Sam)... sekejap terrer... sekejap blurrr, sekejap terrer, sekejap ntahlah... mmg bagi aku ada style on its own.... sebab tu aku rasa clumsiness is the right way to say it...

bagaimanapun, Farid bagi aku berjaya mengolahkan persoalan pokok dalam filem itu, iaitu "sedarlah umat melayu, tidak ada gunanya jadi samseng!"

bukannya apa, dari apa yang aku tengok bertahun2 lamanya di depan mata aku, gejala kongsi gelap melayu ni... entah la... macam takder arah la pulaks.... tiga line la, empat line la, 83 line la.. mcm2!

yang lebih menjengkelkan... orang tua pun cium tgn anak mentah semata-mata mamat tu berpangkat ayahanda la apa la... so tahniah Farid, u came n sedarkan masyarakat melayu yang disanjungi ni at the right time....

dalam proses menyedarkan umat melayu ni... aku amat tertarik dengan ungkapan dialog oleh seorang abanglong, Man Jawa,  kongsi gelap dalam filem itu "Aku ni sebelum jadi abanglong kerja ni aku buat, selepas jadi abanglong, kerja ni jugak aku buat"...

ntahla, kalau orang melayu tak sedar2 lagi aku tak tahulah... apa yang penting Farid dah sampaikan mesej itu dan terpulanglah pada kita untuk menilainya... 
lagi satu perletakan karekter menarik minat aku untuk menyokong hasil karya super junior aku di uitm ni.. iaitu karekter ayahanda dan anaknya... 
sebabnya dalam kehidupan umat melayu, pattern yang sama turut berlaku, bila bapak ketua cawangan si anak mesti naik kepala.... sehinggalah bila bapak jadi perdana menteri, anak menantu pun jugak naik kepala... hahahaha clear cut message by Farid... ibarat ungkapan facebook, boleh la aku katakan " i like"

anyway koreografi seni lawan amat menghiburkan, shot menarik, cuma jangan pandang filem ini sebagai satu filem komedi... 

aku rasa pendekatan filem "Clumsy" ini amat menarik untuk penyampaian mesej yang amat jelas...

tahniah Farid!

salams....