Salam,
hari ni aku nak ceritakan satu kisah yang mungkin akan menyentuh korang in a way.. mungkin korang pernah alaminya aku pun tak tahu...
minggu lalu, my sis in-law, dr. adura rauf of ijn telah post this to facebook "Looking for a cake shape like truck tonight... any suggestion where I can find one now?" dan ia menerima pelbagai cadangan menerusi ruangan commentsnya..
lantas aku pun tertanya, apakah sebenarnya yang dimaksudkan oleh adura sehinggalah the next day adura told me the story
inilah kisahnya:
ada seorang kanak-kanak lekaki bernama iqbal fahreen berumur 5 tahun telah masuk ke ijn kerana mengidap penyakit jantung. aku tak boleh confirm details mengenai penyakit itu tetapi apa yang aku faham adalah ia sangat merbahaya dan iqbal tidak boleh diselamatkan lagi.
so di ijn, iqbal ditemani oleh ibu dan ayah dimana pasangan itu pasrah dan hanyalah berdoa untuk yang terbaik buat iqbal.

saat berganti, minit berganti, jam lewati, hari berganti hari, ibu dan ayah menanti dengan penuh kesabaran sesuatu yang mereka sendiri tidak mahu.. namun apa yang penting sekarang adalah apa yang diinginkan oleh anak kecil itu..
suatu pagi, iqbal bangun dan dia berkata yang dia inginkan kek berbentuk lori untuk harijadinya. namun dimanakah yang ada jual kek berkenaan? mereka cuba untuk mencari akhirnya permintaan itu disampaikan kepada adura dan staff ijn.. lalu mereka cuba sedaya upaya menerusi pelbagai means untuk mendapatkan kek berkenaan.
adura, yang aktif menerusi laman sosial facebook telah menulis post di atas.. akhirnya sebaran menerusi facebook telah membuahkan hasil apabila beberapa jam selepas itu satu pasangan telah menelefon ijn dan menyatakan hasrat yang mereka akan membuat kek tersebut dengan kadar yang segera... alhamdulillah....
beberapa jam kemudian, kek tersebut tiba di ijn dan semua pihak menarik nafas lega dan mereka organizekan sebuah party kecil untuk si comel itu....
segalanya untuk iqbal....
segalanya untuk iqbal....
segalanya untuk iqbal....
seperti seorang banduan menanti hari digantungkan, mungkin itu perasaan yang dapat aku gambarkan disini buat ibu dan ayah iqbal... setiap saat dilalui dengan penuh kasih sayang.. dan sehingga hari jumaat lalu.. aku membaca comment ini dari adura... "Zu, silakan....murah rexeki Iqbal. He got a total of 4 truck cakes"... alhamdulillah...
mungkin aku dapat merasai apa yang dirasakan oleh ayah iqbal tetapi apakan daya kita hanya pemerhati dan bukan merasakan sendiri kepahitan dan keperitannya...
hari berganti hari...
namun, tepat pada jam 4.12pm pada hari sabtu yang lalu, airmataku secara automatik menitis apabila aku membaca mesej menerusi bb ku....
mesejnya berbunyi begini:


