Thursday, 31 March 2011

makcik pagar n pakcik baretta: the unsung legends

salam,


zaman silih berganti, jalan semakin membesar, kereta semakin banyak, ditambahkan pula rel lrt di atas kepala terpacak megah menghiasi bumi keramat kini...


tapi apa yang menarik perhatian aku disini hero hero kampung aku yang jarang dikenali oleh orang luar kawasan ini apatah lagi nama mereka yang tidak dipampang sebagai coretan sejarah disini melainkan daripada memori orang lama keramat sendiri...


kemana mereka... aku pun tak tahu...


siapa itu makcik pagar dan pakcik baretta? huhuhu... dua nama besar keramat yang sering menjadikan waktu pagi di bumi keramat ini sungguh ceria sekali..


makcik pagar ini mendapat namanya daripada keunikan kedudukan rumahnya yang terletak dikawasan sudut simpang tiga pasar keramat dan sekolah datuk keramat... mmm susah untuk aku explain but it was a place very strategic to cause a massive traffic jam in keramat pada lewat 70's dulu... hahaha.. terkejut???


yessss... memang benar.. sesiapa yang lalu saja disitu akan cuba untuk mencilok sedaya mungkin untuk berhenti di pagar rumah itu macam tengok eksiden kat federal highway... hahaha (funny but true).


aku mungkin tak tergolong dalam kelompok masyarakat itu ketika itu kerana aku berspeda dua... hihihi berbasikal atau lebih dikenali disini dengan panggilan beskal jerr... kehkeh...


makcik pagar ni sebenarnya adalah penjual nasi lemak!


the nasi lemaknya soooo sedap... sehinggakan drivers memang berhenti dan membeli...


a real massive thing! massive in evrything..


1. traffic jam yang tak hengat!
2. drivers park sesuka hati!
3. the long que!
4. the heavy orders!


seriously nasi lemak dia memang sedap..


memanglah waktu tu aku masih lagi di alam persekolahan but aku turut merasai satu daripada problem di atas itu... iaitu no 3 dan no 4..


alkisah nasi makcik ni pun sedapkan... diorang beli bawak pergi ofis dan kawan kawan ofis pun try dan diorang pun rasa sedap dan diorang pun nak jugak dan diorang pun order la untuk esok and si driver ni apa lagi berhentilah kereta kat pagar tu pasal nak beli nasi lemak tu... damn!


sebab no 3 dan no 4 ni memang berkait rapat dengan aku... walaupun berbeskal aku seperti ordinary honest citizen lain kenalah que jugak... omg seriously penat... mana tak nya pakcik depan aku order sampai 10 bungkus, depan dia 12 bungkus, depan dia, depan dia, depan dia???????? seriously pernah aku sampai depan makcik tu senyum jer dan dengan telo jawanya cakap "nasik abis dik...."


nasi lemak dia memang sedap so waktu tu dalam rating keramat she got the top spot!


nasi lemak, sambal sotong, rendang daging, timun, telur rebus/goreng, is the main menu there but thats not the attraction... the main course makcik pagar is her kangkung rebus n tempe goreng... memang menambat hati...


can u imagine the traffic jam is more than a kilo just for her... hahaha.....


oh well, during that same period of time ada rival dia jugak... yang dikenali dengan nama pakcik baretta...


waktu tu rating dia jatuh no 2... location dalam pasar... lauk pauk dia sedap jugak... lebih kurang sama jer genre dia cuma his actual sale would start after 9am...


kenapa aku cakap macam tu becoz... bila makcik pagar melabuhkan tirainya so there is no more choice except to turn quickly to pakcik baretta which is the next thing to nothing..


memang banyak penjual nasi lemak kat keramat at the time but these two unsung legends ni memang tiada tandingan..


pakcik baretta ni sama macam manusia melayu lain juga, ada nama.. tapi i forgot his name.. hehehe cuma signature apparel dia adalah topi baretta yang dia pakai tu (Baretta is an American detective television series which ran on ABC from 1975 to 1978 with Robert Blake in the title role; wikipedia)


pakcik baretta bagaimanapun tidak menjejaskan golongan drivers kereta di keramat.. namun kedudukan dia di dalam pasar itu mengancam orang seperti aku.. yesss memang orang macam aku yang pada waktu itu masih budak lagi... 


kenapa tak nya... aku naik beskal... dalam pasar pulak beskal kena banned.. so kena parking kat luar... apa lagi kronologi kejadian pastinya akan menjadi seperti berikut:


1. park beskal
2. kunci beskal
3. masuk pasar
4. order n tunggu
5. order siap 
6. jalan balik ke beskal
7. beskal dah kena rembat...


seingat aku lah... dua kali beskal aku kena rembat (curi) pasal beli nasi lemak pakcik baretta ni.


to end my coretan ni, makcik pagar ends her operations in mid 80's leaving pakcik baretta to lead the numero uno rating for more than 20 years... 


wasalam

el pasporte n the mykartu

salam,

hari ni ada sikit cerita kelakar seram aku nak sampaikan. seawal 7 pagi aku dah siap nak ke imigresen (huhu translation yang mudah) untuk renew intl passport yang nak mati september nanti..

had drove to skypark subang punyalah jem bangat... last last sampai kat sana nampak inkjet banner yang nak separuh lusuh dah bertulis "kami dah pindah" hehehe simplify sket statement tu..

actually imigresen dah pindah from skypark to plaza glomac in kelana jaya... so i drove back downstream.. so bila sampai kat office tu the greeting that i got from the staffs was so warming... bravo n terima kasih kepada kakitangan dept imigresen cawangan tu.. seriously they were good in handling matters.. so far the service was fast n everyone seems to be happy...

aku sebenarnya dok delay lama dah nak renew ni pasal sibuk sangat... but pasal nak attend meeting in vinpearl island, vietnam in two weeks time ni so aku gagahkan diri jugak la....

it was a surprise to me actually bila the reception staff cakap " abang no need to que.. boleh pergi kat machine  saja.. just cocok ur passport, mykad and then cocok duit pulak... then tunggu sejam.. siap!"

wow!!!! seriously the service industry in malaya now is oredi so canggih one... hehehe... i was so impressed with that guy punya explanation sampai tak sabar nak pergi kat machine tu...

aku pun apa lagi melangkah bangga la ke machine tu (actually dalam kepala aku ni dok main lagu Malaysia Berjaya) pasal aku excited sangat nak experience kecanggihan benda tu...

so,

step 1: sila masukkan passport anda (checked)
step 2: sila masukkan mykad anda (beep beep beep beep)
step 3: (tak sampai lagi huhuhhuu)
sekali lagi cuba;
step 2: (beep beep beep)

seriously muka aku waktu tu macam "happy tree friends" pun ada... punya lah hampa...

bila aku tanya officer yang kat situ dia kata... "hehehe encik... mykad cik rosak"

hampeh!

aku memang tak faham.... bila aku tanya minah officer tu dia kata.. mykad ni kadang2 cip dia berkarat.. aku lagi tak faham

macamana benda ni tak pernah keluar dari wallet aku pun boleh berkarat.. dah la tu dulu siap kena pau sehinggit beli plastik cover waktu amik mykad tu... last last berkarat...

aku tanya dia... selalu ke macam ni... n dia jawab "kadang2 mykad tu dah patah tiga pun cip dia ok... kadang2 pulak mykad berkilat macam krom tapi cip rosak... huhuhu"

aku pun melangkah keluar dari bilik tu dengan perasaan you know what and i know what la... kahkah

back to square one.... isi borang!

pengajaran hari ini: sapalah yang dapat kontrak buat mykad tu... hahahahahahaahaha

Tuesday, 29 March 2011

damn twit twit...

salam,

malam tadi sewaktu meeting dengan "client" pasal kerja aku dikejutkan din bila bbnya tu ber twit twit... "ooii.. tengok ni..." dengan mata yang kurang tajam ni aku tgk di skrin bb tu JACKIE CHAN IS DEAD!

tak sabar tul aku dibuatnya.. punya lah rush aku nak balik nak baca news pasal tu.. last last sampai rumah...  the news was a hoax.. damn.... celaka punya twitter... sapa la punya kerja ni ...

ooiii jangan ooiii... aku memang minat giler pelakon ni.. daripada tongsan abis now he made it to hollywood... memang aku kagum...

pernah sekitar 1995-1996 aku interview dia, that time he was damn slow in english... but at least he has the guts to speak "lah" hahahaha..


mati ke tak mati ni????

DAMN TWIT!

alhamdulillah.. akhirnya...

salam..

alhamdulillah.... dan akhirnya aku kembali menulis... rasanya dah 11 tahun aku tak menulis. entah kenapa malam ni sambil mendengar "teratai" dendangan ramli sarip tergerak hatiku untuk mencoret di blog pertama ku ini....

lagu ni mengingatkan aku detik-detik manis di meja berita, akhbar berita harian dengan rakan-rakan pernah suatu ketika mengisi ruang hatiku mencintai bidang penulisan.. hahaha feeling tak ingat.. anyway that was my way back then... dan hidup haruslah diteruskan...

been there, done that and so be it...

aku lahir di sini, masih di sini, sentiasa di sini.. biar ke tahap mana pun aku terbang.. aku takkan lupa bahawa sesungguhnya aku ini budak keramat...

wasalam...